Sunday, July 14, 2024
HomeSEPAK TAKRAWSepak Takraw: Malaysia Naib Juara Piala Dunia ISTAF

Sepak Takraw: Malaysia Naib Juara Piala Dunia ISTAF

Skuad Sepak Takraw negara terpaksa melupakan hasrat untuk menjuarai Piala Dunia ISTAF (Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa) apabila tunduk kepada musuh tradisi Thailand dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Gachibowl, Hydrabad, India.

Skuad negara yang dibarisi pemain pilhan daripada ‘Sepak Takraw League’ itu terpaksa akur dengan kekalahan 2 set kepada skuad Gajah Putih tersebut. Regu negara yang diwakili Syahir Rosdi (tekong), Norhafizi Razak (killer) dan Farhan Adam (feeder) harus diberi pujian kerana memberi tentangan sengit kepada Thailand.

Regu negara yang dibimbing Abdul Talib Ahmad menunjukkan persembahan cemerlang walaupun akhirnya terpaksa akur tewas 19-21 pada set pertama. Kebangkitan skuad negara bermula lebih ketara apabila Hanapiah dolah dimasukkan bagi menggantikan Norhafizi Razak.

Takraw MAS vs THA

Dalam set kedua tentangan lebih sengit diberikan regu negara walau pada satu ketika mereka ketinggalan 15-18. Kebangkitan  tersebut ternyata memberi tekanan kepada Thailand. Malaysia yang sebelum itu mengekori rapat pungutan mata Thailand akhirnya berjaya mengikat Thailand 21-21 sebelum akur tewas 21-23.

Kekalahan tersebut meletakkan Malaysia sebagai Naib Juara dan Thailand dinobatkan selaku juara. Tempat ketiga dikongsi bersama India dan Singapura yang kecundang di peringkat separuh akhir kepada Malaysia dan Thailand.

Untuk skuad wanita negara pula, mereka mengakgiri kejohanan ini ditempat ketiga bersama dengan Iran apabila tunduk diperingkat separuh akhir kepada Vietnam dalam aksi 3 set terdahulu.

Untuk rekod, ini merupakan kejohanan Piala Dunia ISTAF yang kedua selepas 6 tahun menyepi. Penganjuran edisi pertama Piala Dunia ISTAF dilangsungkan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 2011 yang ketika itu disertai 23 pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita, dengan Thailand muncul juara bagi kedua-dua kategori.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments