Sunday, July 14, 2024
HomeFUTSALFutsal AFC: Kebangkitan Malaysia Dipintas Di Penghujung Perlawanan Oleh Chinese Taipei

Futsal AFC: Kebangkitan Malaysia Dipintas Di Penghujung Perlawanan Oleh Chinese Taipei

Jaringan Lin Chih-hung pada minit ke-39 meranapkan harapan Malaysia apabila tewas 4-5 kepada Chinese Taipei yang terus merampas takhta Kumpulan A Kejohanan Futsal AFC.

Chinese Taipei mendahului dua gol ketika tamat separuh masa pertama, namun Malaysia bangkit dari ketinggalan 4-1 untuk menyamakan kedudukan sebelum  Lin Chih-hung memastikan kemenangan pada penghujung perlawanan.

Chinese Taipei memerukan kemenangan dalam perlawanan ini selepas sekadar seri 2-2 dengan Bahrain sementara Malaysia menundukkan Vietnam 2-1 pada perlawanan pembukaan. Walaupun tewas, peluang untuk laya ke pusingan suku akhir masih terbuka buat Malaysia apabila bakal menghadapi cabaran Bahrain pada hari Isnin.

Malaysia memulakan perlawanan dengan berhati-hati. Mereka mengambil masa untuk menagtur gerakan ke bahagian “final third” namun Chinese Taipei sering memintas hantaran Malaysia dan melakukan serangan balas.

Image may contain: 3 people, people playing sports
Kredit imej: Facebook “FAM”

Seawal minit kelapan permainan, Lin Chien-hsun yang bergerak dibahagian kanan melakukan rembatan yang menggegar palang gol namun Lai Ming-hui yang menerima bola lantunan tersebut tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol untuk Chinese Taipei mendahului.

Chin-hung menggandakan kedudukan dengan rembatan cantik pada minit ke-13 dan Chinese Taipei memperolehi satu lagi peluang apabila penjaga gol Malaysia, Azrul Hadee Taufiq melakukan kesalahan apabila menangkap bola hantaran kebelakang rakan sepasukan. Walaubagaimanapun gagal menyempurnakan sepakan percuma tersebut.

Pasukan tuan rumah ini tidak mengendurkan corak aggresif mereka selepas waktu rehat. Kurang seminit selepas rehat Chi Sheng-fa melakar namanya selaku penjaring apabila menyempurnakan gerakan hasil sepakan penjuru.

Pada minit ke-27, Malaysia mengurangkan defisit gol apabila Mohd Azwan Ismail menolak masuk bola dihadapan gawang untuk gol pertama Malaysia. Chinese Taipei kembali meletakkan kedudukan dengan kelebihan tiga gol selepas serangan balas pantas yang membolehkan Ming Hui menggegar gawang Malaysia hasil hantaran Chien-hsun.

Image may contain: 2 people, people playing sports
Kredit imej: Facebook “FAM”

Jurulatih Malaysia, Chiew Chun Yong pantas menggunakan taktikal “power play” dengan mengeluarkan Hadeee yang digantikan Khairul Effendi. Hasilnya Mohamad Awalluddin Nawi menjaringkan gol ketiganya dalam kejohanan ini seminit selepas itu. Pada minit ke-35, tekanan yang diberikan skuad Malaysia memaksa pemain pasukan tuan rumah menjaringkan gol sendiri.

Khairul Effendy yang masuk sebagai “power player” berjaya menyamakan kedudukan lima minit selepas itu namun Chih-hung kembali meletakkan Chinese Taipei dihadapan seminit sebelum tamat perlawanan.

Kekalahan ini meletakkan Malaysia di tangga kedua Kumpulan A di belakang Chinese Taipei dengan satu mata. Malaysia perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Bahrain pada Isnin ini untuk layak ke peringkat suku akhir.

Baca juga:Futsal AFC: Malaysia Catat Kemenangan Dramatik

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments