2 Regu Lelaki Negara Langkah Kanan, Regu Wanita Longlai

0
1108
King Cup

Semalam bermulanya Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai 2017. Skuad negara yang tampil musim ini cuba melupakan episod duka musim lalu apabila mereka memboikot perlawanan akhir ketika dijadualkan menentang Thailand kerana ketidak puashatian terhadap sistem pengadilan.

Tiga regu negara turun ke gelanggang semalam memulakan langkah pertama pada kejohanan tersebut. Ketiga-tiga regu negara tersebut meemulakan langkah kanan apabila berjaya menumpaskan lawan masing-masing.

Antara Regu Lelaki

Cabaran skuad negara dimulakan melalui perlawanan antara regu lelaki yang turun ke gelanggang kira-kira jam 1.15 petang. Lawan pertama mereka merupakan regu dari Laos. Regu negara diwakili tekong terbaik Sepak Takraw League (STL), Mohammad Syahir Rosdi yang berganding bersama Hanafiah Dollah selaku perejam dan Farhan Adam selaku ‘feeder’.

Syahir Rosdi

Gandingan 3 pemain itu berjaya menundukkan Laos dengan mudah setelah mencatat kemenangan ‘straight set’ dengan mata 21-14 dan 21-16. Muhammad Zulkifli Abd Razak masuk menggantikan Syahir pada set kedua manakala Muhammad Norhafizi Abd Razak menggantikan Hanafiah Dolah selaku perejam.

Antara Regu Wanita

Jadual skuad negara diteruskan oleh regu wanita negara yang turun menentang Korea dalam acara antara regu wanita pada jam 4.30 petang. Regu wanita negara yang diwakili Siti Norzubaidah Che Ab Wahab (tekong), Kamisah Khamis (perejam) dan Nor Farhana Ismail (feeder).

Takraw wanita

Walaubagaimanapun langkah sumbang dimulakan regu negara apabila tewas dalam 2 set dengan mata 15-21 dan 16-21.

Antara Regu Quadrant Lelaki

Regu Quadrant negara turun membawa cabaran antara regu quadrant menentang India pada jam 9.00 malam. Acara yang melibatkan pemain ini diwakili oleh Muhammad Zulkifli Abd Razak, Farhan Adam, Muhammad Affifudin Mohd Razali dan Mohd Syazreenqamar Salehan sambil Muhammad Norhafizi Razak dan Mohd Safarudin Abu Bakar masuk selaku pemain gantian.

Takraw quadrant lelaki

Regu quadrant negara berjaya mencatatkan kemenangan pertama dalam perlawanan 2 set dengan mata 21-15 dan 21-17.

Cabaran skuad negara akan bersambung hari ini.

Baca juga: PSM Umum Pemain Terbaik Ke Saingan Piala Raja Thai 2017