KLHC Muncul Juara Piala Tan Sri P. Alagendra

0
707
KLHC Juara Piala Tan Sri P. Alagendra

Perlawanan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra 2018 berlangsung malam tadi menemukan juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT) dan Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) bertempat di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Kejuaraan terpaksa ditentukan melalui ‘penalty shoot-out’ apabila aksi 60 minit perlawanan berkesudahan seri 3-3. Bekas penjaga gol kebangsaan, Roslan Jamaludin menjadi wira buar KLHC apabila berjaya menyelamatkan ‘penalty shoot-out ‘ terakhir THT yang diambil oleh Faizal Saari. Kegagalan Faizal Saari melepasi Roslan Jamaludin sekaligus menghadiahkan kejuaraan buat KLHC hasil keputusan 4-3 dalam ‘penalty shoot-out’.

Roslan Jamaludin Wira KLHC

KLHC mempunyai peluang awal untuk menjaringkan gol di awal suku pertama perlawanan apabila menerima pukulan sudut penalti. Walaubagaimanapun pemain kebangsaan, Muhammad Razie Abdul Rahim gagal menemui sasaran.

Dalam usaha KLHC mendapatkan gol awal, sebaliknya berlaku apabila Gonzalo Peillat membuka jaringan buat THT pada minit ke-10 melalui pukulan sudut penalti. Seminit selepas itu, Manraj Singh Sarjit Singh menggandakan kedudukan buat THT apabila menjaringkan gol juga hasil gerakan daripada pukulan sudut penalti.

KLHC menunjukkan kebangkitan bermulanya suku kedua perlawanan apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti. Pemain import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti tersebut untuk gol pertama KLHC pada minit ke-16. Mohd Syamim Mohd Yusof berjaya menyamakan kedudukan buat KLHC pada minit ke-23 juga menerusi pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 2-2.

KLHC vs THT

Joshua Pollard meletakkan KLHC dihadapan pada suku ketiga apabila membuat jaringan padang pada minit ke-34. Kedudukan agak seimbang dengan KLHC cuba mempertahankan kedudukan. Namun THT dianugerahkan ‘penalti stroke’ pada minit ke-54 yang disempurnakan dengan mudah oleh Gonzalo Peillat yang berjaya menewaskan Roslan Jamaludin.

Kedudukan seri 3-3 memaksa perlawanan ditentukan melalui ‘penalti shoot-out’.  KLHC akhirnya muncul juara setelah Faizal Saari gagal menewaskan Roslan Jamaludin pada pukulan terakhir THT.

Gonzalo Peillat MOM

Walaupun menang melalui pukulan penalti, KLHC terpaksa berkongsi hadiah kemenangan RM 100,000 berikutan 60 minit masa perlawanan berakhir dengan seri 3-3. Ini menjadikan setiap pasukan memenangi RM 50,000 manakala Gonzalo Peillat dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan menerima RM 1,000 sebagai ganjaran.

Baca juga: Piala Tan Sri P. Alagendra Telah Memasuki Perlawanan Akhir