Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKBagaimana Malaysia B19 Melepasi Kelayakan Piala Asia

Bagaimana Malaysia B19 Melepasi Kelayakan Piala Asia

Selepas kekalahan 3-0 keatas Korea Selatan, Skuad bawah 19 tahun Malaysia menduduki tangga kedua dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia Bawah 19 Tahun. Kedudukan tempat kedua adalah hasil daripada 9 mata daripada 3 kemenangan ke atas Timor Leste (3-1), Brunei (1-0) dan Indonesia (4-1).

Berikut adalah carta terakhir kumpulan F selepas tamat semua perlawanan

Table Grop F

Walaubagaimanapun kedudukan tersebut belum memberi jaminan untuk Malaysia layak ke pusingan akhir. Ini adalah kerana skuad bawah 19 tahun negara perlu menunggu keputusan 9 kumpulan lain untuk menjadi 5 naib juara terbaik daripada 10 kumpulan kesuluruhannya.

Menurut AFC, oleh kerana penarikan diri disaat akhir Afghanistan dan North Marina Island dari kumpulan C dan J menjadikan pembahagian kumpulan tidak sama rata. Ini kerana kumpulan C dan J hanya mempunyai 3 pasukan dalam kumpulan mereka. Oleh yang demikian perlawanan menentang 2 pasukan dikedudukan terakhir tidak dikira bagi menentukan 5 naib juara terbaik.

Dalam kes kumpulan F, Brunei dan Timor Leste berada dalam kedudukan ke-4 dan ke-5. Oleh yang demikian hanya perlawanan menentang Korea Selatan dan Indonesia sahaja dikira dan menyebabkan Malaysia mengumpul 3 mata melalui kemenangan ke atas Indonesia.

Perbezaan jaringan juga menjadi faktor dalam menentukan 5 naib juara terbaik. Malaysia mempunyai sifar perbezaan jaringan hasil 4 gol dan 4 bolos dalam menentang Korea Selatan dan Indonesia.

Jadual berikut menunjukkan kedudukan Malaysia selepas menentang Korea Selatan dalam carta 5 pasukan naib juara terbaik.

Dalam kedudukan ini, Malaysia terpaksa menunggu keputusan 2 perlawanan yang melibatkan Syria dan Yemen. Ini kerana hanya dua pasukan ini mampu menyingkirkan Malaysia daripada kedudukan 5 terbaik naib juara.

Perlawanan pertama yang melibatkan Syria menentang Jordan berakhir dengan kekalahan Syria 1-2. Ini meletakkan Syria tersungkur di kedudukan ketiga dan tidak melayakkan mereka sebagai naib juara kumpulan E. Iran yang naik ketangga kedua tidak dapat menyaingi mata Malaysia selepas hanya mengumpul 2 mata hasil keputusa seri dengan Syria dan Jordan. Walaupun Iran mencatat kemenangan 4-0 ke atas Palestine, ianya tidak dikira keran Palestine merupakan pasukan tercorot kumpulan E.

Yemen yang berdepan Arab Saudi pula tewas 1-2 dalam saingan kumpulan D. Kekalahan tersebut mengekalkan Yemen ditangga kedua kumpulan D dengan 4 mata. Walaubagaimanapun selepas perlawanan menentang Turkemenistan Syria hanya mengumpul 1 mata hasil keputusan seri 0-0 dengan India.

2 keputusan perlawanan tersebut tidak menggugat kedudukan Malaysia sebagai 5 naib juara terbaik. Ini melayakkan Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia bawah 19 selepas merebut slot terakhir selaku 5 pasukan naib juara terbaik.

Tahniah buat Skuad Bawah 19 Malaysia.

Baca Juga : Pahang Sah Lepaskan Lapan Tonggak

 

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments