Ranking Malaysia Terus Merudum

0
732

MALAYSIA mengulangi rekod terburuk dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila jatuh ke tangga 174 dalam ranking terbaru yang dikeluarkan badan induk dunia itu, hari ini.

Kedudukan itu jatuh empat anak tangga berbanding 170 bulan lalu selepas tewas dua kali berturut-turut dengan jaringan 4-1 kepada Korea Utara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 sekali gus menyaksikan Malaysia terlepas 13 mata untuk ranking FIFA.

Kekalahan itu juga menyebabkan skuad Harimau Malaya terpaksa melupakan impian untuk mara ke pusingan akhir kejohanan tertinggi Asia itu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.

Skuad kendalian Nelo Vingada kekal di kedudukan tercorot Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata daripada lima perlawanan dan akan mengharungi aksi terakhir berdepan Lubnan pada Mac depan.

Malaysia berkongsi kedudukan di tangga 174 bersama Kosovo dan St Lucia dengan mengumpul 97 mata selain Singapura dan Kemboja naik ke kedudukan lebih baik sekali gus meninggalkan Malaysia di kedudukan kelapan dalam ranking negara ASEAN.

Ia juga ranking terburuk skuad Harimau Malaya sejak Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac lalu dan menyamai pencapaian terburuk negara pada April dan Mei tahun lalu.

Nelo Vingada

Malaysia naik ke kedudukan 156 pada November tahun lalu ketika di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee tetapi ranking skuad negara merudum selepas Vingada mengambil alih.

Jurulatih kelahiran Portugal itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan sejak dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Mei lalu.

Bagi kami sebagai peminat dan pencinta bola sepak Malaysia kami rasakan kedudukan ranking ini sepatutnya lebih baik kerana barisan kejurulatihan yang telah dipilih merupakan antara yang terbaik.

Kami juga berharap pemain tidak mudah mengalah dan putus asa dengan pengumuman ranking ini kerana kami yakin anda boleh lakukan yang lebih baik dalam perlawanan akan datang.

Selamat Maju Jaya!
Ayuh Malaysia!

Jom kita tengok video permainan Malaysia yang lepas :

Baca juga : Senarai Pemain B-23 Dipanggil Ke Latihan Pusat