Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAK3 Sebab Kenapa Safiq Rahim Penting Untuk Pasukan Malaysia

3 Sebab Kenapa Safiq Rahim Penting Untuk Pasukan Malaysia

Siapa saja yang tidak kenal dengan Safiq Rahim di dalam Malaysia ini. Sebut saja apa kejuaraan tempatan yang beliau telah menangi. Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih semua telah lengkap berada di dalam kabinet kejayaan.

Apa lagi dengan pencapaian terbaik nya memenangi Piala Asia untuk kelab JDT dan menjadi Pemain Paling Bernilai untuk musim 2015 itu. Tidak lupa juga pingat emas Sukan Sea 2009 dan Piala AFF 2010 bersama pasukan Harimau Malaya.

Pada waktu itu beliau berada di kemuncak prestasi nya sehingga mampu membawa pasukan JDT memenagi piala tersebut.Tiada lagi pemain setakat ini yang menyamai rekod beliau dengan memenangi pelbagai piala dalam era moden.

Pemakai jersi nombor 8 ini juga tidak kurang dengan kontroversi luar padang nya. Tetapi bagi kami pula prestasi nya di tengah padang sangat mengagumkan. Tidak salah jika kami label beliau merupakan pemaik terbaik yang Malaysia ada dalam zaman moden ini.

Selepas era Mokhtar Dahari belum ada lagi pemain yang betul-betul menjadi sebutan ramai.Jika sebelum itu Safee Sali telah dapat bermain dengan kelab di Indonesia tetapi pencapaian beliau belum mampu menandingi kehebatan Safiq Rahim.

Atas sebab ini kami cuba kupas kenapa Safiq Rahim ini merupakan pemain yang penting untuk pasukan Malaysia. Atas 3 sebab tersendiri kami cuba rungkaikan lebih mendalam mengenai pemain ini.

Mempunyai Daya Kepimpinan Yang Tinggi

MALAYSIA, Johor Bahru: Malaysia captain, Safiq Rahim during 2019 UAE AFC Asian Cup match between Malaysia and Lebanon at Larkin Stadium on June 13, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Sejak beliau dilantik menjadi kapten untuk pasukan JDT dan Harimau Malaya beliau tidak pernah tunjukkan erti tewas dengan mudah. Sentiasa memberikan semangat dan dorongan kepada pemain di atas padang.

Kita boleh lihat walaupun pasukan sedang ketinggalan jaringan gol beliau tidak akan berputus asa untuk mencuba. Sekalipun perlu bermain agak kotor kadang-kadang tetapi sifat kepimpinan ini memang sudah lama hadir dalam pemain ini.

Jika beliau tidak berada di dalam pasukan ketika bermain di atas padang kita akan dapat melihat pasukan itu agak pincang dan kurang bersemangat. Perbezaan itu agak ketara jika diperhatikan berbanding jika beliau bermain sekali.

Motivasi Yang Tinggi Untuk Mencapai Kejayaan

Beliau merupakan pemain yang tidak kenal erti berputus asa dan sentiasa bermotivasi tinggi. Jika dilihat kebanyakan piala beliau telah menangi tetapi beliau tidak pernah puas dengan kejayaan itu.

Bermain dengan semangat kemenangan dan tiada erti kekalahan dalam kamus hidup nya membuatkan beliau sentiasa memberikan komitmen lebih dari 100% di atas padang.

Ini sangat baik untuk seseorang pemain yang boleh dikatakan berprofil tinggi di peringkat Asia ini. Motivasi yang dimiliki nya mendorong ahli pasukan lain turut sama bersemangat untuk mencapai kejayaan bersama.

Pemain Tengah “box-to-box” Yang Sukar Diperoleh Dalam Kelompok Pemain Malaysia

Dari segi teknikal nya pula bagi kami sukar untuk memperoleh jenis pemain seperti ini. Kita mungkin ada Nazmi Faiz atau pun Azam Azih untuk bermain dan mempunyai jenis permainan seperti ini tetapi mereka belum cukup matang.

Di dalam era moden bola sepak ini kita dapat melihat bagaimana Chelsea pincang apabila ketiadaan N’Golo Kante di dalam pasukan. Peranan N’Golo Kante dan Safiq Rahim ni hampir sama iaitu “box-to-box”.

Stamina yang tinggi dan cepat membuat keputusan merupakan aset penting untuk menjadi pemain yang baik di posisi ini. Kemampuan untuk mematahkan serangan pihak lawan pula merupakan aset tambahan untuk posisi ini.

Mungkin ada beberapa prospek yang baik untuk menggantikan Sapik Rahim ini di masa akan datang. Tetapi buat masa ini beliau merupakan yang terbaik di dalam posisi nya.

Kesimpulan Safiq Rahim

Berdasarkan 3 sebab yang kami berikan kami yakin dan percaya kehadiran beliau di dalam pasukan Harimau Malaya masih diperlukan. Bukan sekadar faktor pengalaman tapi faktor kemampuan teknikal nya juga membuktikan kenapa beliau sangat penting.

Pesanan kami kepada beliau pedulikan kata-kata orang yang membenci anda.Buktikan dengan permainan anda di atas padang dan kurang kan kontroversi di luar padang. Kami yakin dan pasti suatu hari nanti anda pasti akan dikenang sebagai legenda bolasepak Malaysia apabila mengumumkan persaraan.

Jom kita lihat bingkisan video beliau :

Baca Juga : Akhirnya Nazmi Faiz Menjadi Yang Terbaik Dalam Piala Afc 2017

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments