Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKCoutinho di Barcelona

Coutinho di Barcelona

Lagi sekali dunia bola digemparkan dengan perpindahan melibatkan pemain dari liga Inggeris. Pemain yang berasal dari Brazil dan hasil ciptaan dari Vasco da Gama membuat permindahan EURO400 juta (RM1.9 bilion) dari Liverpool ke kelab gergasi Sepanyol Barcelona CF.

Tetapi adakah perpindahan tertinggi dari Liga Inggeris ini akan menerima nasib seperti Fernando Torres yang juga pernah menjadi pemindahan tertinggi antara kelab Inggeris dari Liverpool ke Chelsea.

Pemain yang menerima kontrak selama lima tahun setengah ini merupakan pemain bahagian “attacking midfielder”, “second striker” dan bahagian sayap. Keupayaannya mencipta peluang membuatkan dia di beri kredibiliti sebagai “number 10 playmaker”. Keupayaan, kelajuan dan ketangkasan beliau pernah di bandingkan sebaris Lionel Messi dan Ronaldinho oleh bekas manager Sepanyol yang juga pernah berkata “Philippe… dia mempunya kaki ajaib”. -Sumber dari wikipidea.

Sebelum kita bincang mengenai posisi Coutinho, mari kita bandingkan dahulu kehebatan Dembélé dan Coutinho. Dembélé seorang pemain yang laju dan kredibilitinya sebagai pemain “fox in the box” menjadikan ia suatu ketika dahulu menjadi harapan Ernesto Velvarde untuk mengembalikan watak trio yang dahulunya di isi oleh Neymar.

Keberaniannya dalam mengatur langkah dengan cubaan drible solonya itu menjadi perhatian. Bagi Coutinho pula, merupakan “maestro” bagi setiap posisi yang dipegangnya. Seorang pencipta peluang terbaik Liverpool ini pernah digelar “The Kid” kerana keupayaannya mencapai tahap terbaik ketika muda. –sumber dari wikipidea.

Messi mengutarakan hasrat kepada Velvarde untuk membariskan Coutinho bersama-sama beliau dan Suarez apabila Coutinho sudah sembuh dan Dembélé di hantar ke bangku simpanan. –sumber dari Express.co.uk.

cautinho barcelona

Selesai perbandingan, mari kita pergi ke posisi selayaknya untuk Countinho dan nombor yang layak pada jersinya. Sepert yang sedia maklum, Coutinho seorang pemain utiliti dan juga pernah digelar “Little Magician” oleh penyokong Liverpool sendiri kerana ketangkasan matanya mencari peluang untuk menghantar bola.-sumber dari wikipedia.

Di mana beliau jarang bergelut untuk menyusaikan diri apabila diberi posisi baru. Tetapi bagi seorang “maestro” perlulah mendapat tempat yang terbaik untuk mereka, iaitu “Attacking Midfielder (AM)”. –sumber gambar dari mirror.co.uk.

Adakah formasi ini akan dikekalkan pengurus barunya iaitu 4-3-1-2 (diamond) atau di kembalikan semula 4-3-3 (attacking) di mana Coutinho di tempatkan sebagai “second striker”. Formasi 4-3-1-2 sememangya akan mengembalikan zaman corak permainan kreatif atau tiki-taka Barcelona CF suatu ketika dahulu.

posisi cautinho

Kita tunggu sama-sama kesihatan Coutinho pulih sepenuhnya dan dia dikatakan akan menyarung jersi bernombor 14 tetapi sedang digunapakai oleh Mascherano. Walaupun dia seorang “number 10 playmaker”, tetapi dia tidak mampu untuk melawan takdir Messi sebagai pemain bernombor 10 Barcelona CF.

Baca juga: Coutinho Melengkapkan Perpindahan Idaman Ke Barcelona

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments