JDT Rampas Piala Sumbangsih

1
813
JDT Juara Sumbangsih 2018

Pasukan Johor Darul Ta’zim berjaya merampas Piala Sumbagsih daripada Kedah dalam pertembungan aksi pertama Liga Super yang mempertemukan kedua-dua pasukan di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos, Larkin.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat mereka dengan Ulisess Morais merencanakan formasi 4-3-3 buat Harimau Selatan manakala Ramon Marcote menggunakan formasi 4-2-3-1.

JDT bermula dengan meguasai permainan dalam usaha mencari gol awal. Peluang buat JDT hadir seawal minit ke-3 apabila S.Kunalan melakukan hantaran lintang melintasi gawang Kedah namun Luciano Figueroa sedikit lambat untuk menyambar bola tersebut.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Football Malaysia LLP

Dua minit kemudian giliran Gonzalo Cabrerra melakukan percubaan apabila menerima hantaran Jorge Pereyra Diaz. Walaubagaimanapun percubaan tepat tepat kepada penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Cabrerra sekali lagi menguji Ifwat Akmal pada minit ke-7 melalui rembatan deras dari sebelah kanan dan gagal ditangkap kemas Ifwat namun ianya hanya membias keluar.

Dalam keghairahan JDT mencari gol awal, Kedah berjaya mencuri peluang apabila Pablo Pallares menjaringkan gol pendahuluan buat Kedah selepas menerima hantaran lambung Sandro Da Silva. Gerakan bijak Pablo Pallares berjaya memperdaya Izham Tarmizi untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-15.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Setelah ketinggalan, JDT menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan. Akhirnya gol tersebut hadir pada minit ke-28 menerusi tandukan Luciano Figueroa yang menyambung sepakan percuma Safiq Rahim.

Kedah cuba untuk kembali di depan, namun hantaran lintang Sandro yang cuba mencari Parralles berjaya dipintas Izham Tarmizi pada minit ke-39.

Luciano Figueroa hampir menggandakan kedudukan buat JDT dipenghujung separuh masa pertama, namun tandukannya susulan sepakan penjuru Safiq Rahim itu sekada menggegar tiang gol Kedah.

Image may contain: 1 person, playing a sport, stadium and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Gandingan Luciano Figueroa dan Safiq Rahim terus berjaya menguji benteng pertahanan Kedah pada separuh masa kedua. Pada minit ke-54 sekali lagi sepakan percuma Safiq Rahim berjaya ditanduk Luciano namun ianya tepat ke arah Ifwat.

Gol kedua buat JDT akhirnya hadir pada minit ke-58 apabila JDT memperolehi sepakan percuma  selepas Cabrerra dijatuhkan Sandro Da Silva. Sepakan yang diambil Safiq terkena benteng dan membias kepada Corbin Ong yang kemudiaanya melakukan hantaran tinggi untuk ditanduk masuk Marcos Antonio.

Image may contain: 5 people, people playing sports, stadium and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Kedah cuba mengawal semula permainan setelah ketinggalan satu gol. Mereka mempunyai dua peluang pada minit ke-81 dan 84. Pada minit ke-81, umpanan Liridon ke dalam kotak penalti berjaya ditanduk pemain gantian Farhan Roslan namun tersasar.

Hantaran lintang Farhan Roslan ke “far post” berjaya melepasi kawalan Izham Tarmizi namun tampanan susulan Badroll Bakhtiar melambung tinggi.

Tamat perlawanan kedudukan kekal dengan JDT mendahuli 2-1 sekaligus menganugerahkan mereka Piala Sumbangsih dan pada yang sama mengutip tiga mata pertama Unifi Liga Super 2018.

Berikut adalah sorotan aksi perlawanan semalam:

Keputusan perlawanan lain Unifi Liga Super adalah seperti berikut:

No automatic alt text available.
Kredit imej: Football Malaysia LLP

Baca juga: Previu Liga Super 2018 : Adakah Anda Sudah Bersedia?