Friday, May 24, 2024
HomeSEPAK TAKRAW3 Kemenangan, 2 Kekalahan Pada Aksi Hari Kedua

3 Kemenangan, 2 Kekalahan Pada Aksi Hari Kedua

Hari kedua Piala Raja Thai 2017 menyaksikan lima perlawanan melibatkan pasukan negara. Regu negara turun dalam lima acara yang melibatkan regu lelaki, double wanita, double lelaki dan dua perlawanan quadrant lelaki.

Cabaran dimulakan regu lelaki negara menentang pasukan Jepun. Regu negara diwakili oleh Muhammad Zulkifli Abdul Razak (tekong), Farhan Adam (feeder) dan Muhammad Norhafizi Razak.

Ternyata pasukan Jepun bukanlah tandingan skuad negara dalam sukan sepak takraw ini apabila regu negara mudah menewaskan Jepun dalam perlawanan 2 set dengan mata 21-14 dan 21-5. Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua regu lelaki.

Takraw MAS vs JPN

Skuad double wanita negara menyambung aksi skuad sepak takraw negara pada hari kedua. Mereka turun buat kali pertama dalam kejohanan ini berdepan cabaran Myanmar. Walaubagaimanapun gandingan pemain negara gagal memberi saingan kepada Myanmar setelah tewas 15-21 dan 10-21.

Regu quadrant lelaki negara kembali menggembirakan kem negara apabila turun menentang China. Ianya merupakan perlawanan kedua mereka setelah mencatat kemenangan ke atas India pada hari pertama.

Quadrant negara menurunkan Muhammad Zulkifli Abd Razak, Farhan Adam, Muhammad Affifudin Mohd Razali dan Mohd Syazreenqamar Salehan dalam perlawanan tersebut. Kemenangan berjaya dicatatkan ke atas pasukan China dengan mata 21-12 dan 21-15.

Kegembiraan tersebut terhenti apabila skuad double negara tewas kepada Korea dalam pertarungan dua set dengan mata 15-21 dan 17-21.

Skuad quadrant lelaki sekali lagi turun ke gelanggang pada sebelah malam untuk menentang Iran. Iran ternyata memberi saingan sengit kepada requ negara apabila mereka memenangi set pertama 25-23.

Takraw Quadrant Lelaki2

Walaubagaimanapun regu negara bangkit pada baki dua set berikutnya dengan mata 21-15 dan 21-17 untuk mencatat kemenangan ketiga dalam kejohanan ini.

Skuad negara bakal menyambung cabaran hari ini diperingkat suku akhir dalam acara regu lelaki.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments