K. Rajagobal Pulang Ke Pangkuan PKNS FC

0
928
K. Rajagobal

Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal secara rasminya dilantik menjadi pengendali baharu PKNS FC. Rajagobal diperkenalkan dalam satu majlis di Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam sebentar tadi.

K. Rajagobal sign PKNS

Selepas meninggalkan PKNS selama 19 tahun, akhirnya Rajagobal kembali semula ke PKNS FC. Sebelum ini beliau pernah menjadi jurulatih PKNS selama 8 tahun bermula 1990-1998 dalam Liga Selangor. Beliau juga pernah menjadi pemain bersama PKNS pada tahun 1978.

Rajagobal dilantik menjadi jurulatih PKNS FC bagi menggantikan pengendali dari Jerman Sven Gartung yang hanya mampu meletakkan PKNS FC di tangga ketujuh Liga Super.

Mengimbau pengalamannya selaku jurulatih, beliau merupakan jurulatih yang paling lama pernah berkhidmat denga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bermula dengan pasukan bawah 19 tahun negara, beliau diangkat sehingga menjadi jurulatih Hariamau Malaya pada tahun 2001.

Antara kejayaan beliau bersama FAM adalah berjaya membawa skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas Sukan SEA Laos pada tahun 2009. Pingat emas tersebut merupakan penantian 20 tahun negara yang sebelum itu gagal memenangi pingat emas Sukan SEA.

K. Rajagobal 2

Atas kejayaan tersebut, K. Rajagobal diangkat menjadi jurulatih skuad utama dan berjaya membawa Harimau Muda menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama semenjak ia dipertandingkan pada tahun 1996. Kontrak beliau bersama skuad kebangsaan akhirnya tamat pada tahun 2013.

Sebelum dilantik menjadi jurulatih skuad bawah 19 tahun negara pada tahun 2009, Rajagobal juga pernah membimbing skuad Selangor FA dan Kelantan FA . Selain itu beliau juga pernah membimbing Sarawak FA pada tahun 2015 sebelum berehat panjang.

Kini khidmatnya ditagih PKNS FC. Menurut beliau, beliau akan mencurahkan segala pengalamannya untuk membantu PKNS FC dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Selamat Maju Jaya Datuk K. Rajagobal.

Baca juga: S.Veenod Bersama Pasukan Kelantan Musim 2018