Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKKelayakan ACL: JDT Terus Gagal Rebut Slot ACL

Kelayakan ACL: JDT Terus Gagal Rebut Slot ACL

Perlawanan malam tadi mempertemukan juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Naib Juara Liga Thai, Muangthong United dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC. Dengan kehadiran beberapa pemain baru dalam JDT dilihat gagal memberi impak apabila JDT terpaksa tunduk 2-5 di tangan tuan rumah.

Syafiq Ahmad dan Bruno Suares melakukan ‘debut’ buat JDT namun tenggelam dalam permainan ini. Kembalinya Jorge Pereyra Diaz dan Hariss Harun ke kem JDT juga gagal memberi impak besar di awal permainan.

Walaupun bermula garang, melalui gerakan Jorge Pereyra Diaz dan Safiq Rahim, namun percubaan Safiq itu hanya menggegar sisi jaring. Walaubagaimanapun, Muangthong tidak menunggu lama apabila Sarach Yooyen membuka jaringan seawal minit ke-7 melalui gerakan “counter attack” beliau bersam Adisak Kraisorn.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Facebook ‘Johor Southern Tigers’

Keadaan menjadi lebih buruk buat JDT apabila wakil dari Thailand itu menggandakan kedudukan 14 minit selepas itu menerusi jaringan Tristan Do. Gol terhasil melalui hantaran “cutback” Theeraton Bunmathan kepada Tristan Do yang langsung tidak dikawal menolak mudah masuk ke gawang JDT.

Harapan buat JDT untuk bangkit terkubur apabila Muangthong dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-29. Keputusan tersebut diambil pengadil setelah Bruno Soares melakukan terjahan ke atas kapten Muangtong, Theerasil Dangda. Heberty Fernandes de Andrade dengan mudah menewaskan Izham bagi membawa bekalan selesa sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, Muangthong cuba mencari lebih banyak gol dan ianya terhasil apabila gerakan cantik tiga pemain Muangthong dalam kotak penalti disudahkan Theerathon Bunmathan pada minit ke-56.

Kredit imej: AFC.com

Dalam usaha JDT untuk bangkit, Muangthong menambah jaringan menerusi Heberty Fernandes de Andrade pada minit ke-63. Jaringan tersebut merupakan gol kedua peribadi de Andrade dalam perlawanan ini sekaligus menjadikan kedudukan 5-0.
JDT yang tidak berputus asa untuk cuba bangkit akhirnya memperolehi dua gol menerusi Jorge Pereyra Diaz dalam masa tambahan. Walaubagaimanapun dua jaringan Diaz itu terlalu lewat untuk JDT bangkit apabila Muangthong United telah pun mengesahkan tempat ke pusingan berikutnya.

Melalui kemenangan 5-2 ke atas JDT ini, Muanghtong layak ke pusingan seterusnya untuk bertemu Kashiwa Reysol pada 30 Januari.

Kegagalan JDT ini memaksa mereka untuk meneruskan misi dalam Piala AFC sebagai wakil tunggal negara selepas penarikan diri Pahang.

Baca juga: Previu Kelayakan ACL 2018: Muangthong United vs JDT

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments