6 Faktor JDT Tewas Kepada Kuala Lumpur

1
2689
JDT vs KL

Pada hari Ahad lalu, juara Liga Super empat musim berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) tumpas kepada pendatang baru Liga Super 2018, Kuala Lumpur. Apa yang mengejutkan ini adalah kemenangan pertama Kuala Lumpur selepas tewas kepada Selangor dan Negeri Sembilan dalam dua perlawanan terdahulu.

Bukan itu sahaja, malahan gol tunggal perlawanan antara JDT dan Kuala Lumpur merupakan gol pertama Kuala Lumpur musim ini. Reputasi skuad harimau selatan itu sedikit tercalar apabila tewas kepada penghuni tangga tercorot liga.

Berikut kami bawakan 6 punca JDT tewas menurut pemerhatian amatur kami.

1.Terlalu Fokus Menyerang, Leka Ketika Bertahan

Berdepan dengan pasukan yang berkedudukan di dasar liga, JDT terlalu fokus dalam melakukan serangan. Gerakan pemain-pepmain JDT banyak tertumpu dibahagian Kuala Lumpur termasuk dua pertahanan sayap, S. Kunalan dan Corbin Ong. Ini membolehkan Kuala Lumpur melakukan “counter attack” dari “wide” area.

Jika dilihat gol yang dijaringkan Paulo Josue untuk Kuala Lumpur melalui gerakan Guilherme De Paula di bahagian kiri dimana S. Kunalan meninggalkan kawasan beliau. Namun Fadhli Shas berjaya membuat ‘covering’ dibahagian tersebut. Rujuk gambar dibawah.

S. Kunalan tinggalkan tempat2

Kedudukan yang ditinggalkan Fadhli Shas seharusnya ditampung Hariss Harun namun beliau yang juga terlibat dalam mengatur serangan sedikit lewat untuk turun untuk membuat ‘covering’ dan Hariss kelihatan agak statik ketika situasi bertahan sehingga membolehkan Paulo Josue melepaskan diri. Rujuk gambar di bawah.

JDT vs KL, Analisis

Selain daripada situasi diatas ini, terdapat beberapa lagi situasi dimana Kuala Lumour berjaya melakukan “counter attack” dari kawasan yang ditinggalkan S. Kunalan dan Corbin Ong.

2. Kecemerlangan Kamarul Affendi

Di sebalik kisah viral penjaga gol Kuala Lumpur, Kamarul Affendi ketika menentang Negeri Sembilan, beliau beraksi cemerlang ketika bertemu JDT. Kamarul Affendi berjaya menyelamatkan sekuran-kurangnya lapan percubaan tepat yang di lakukan pasukan JDT.

Image may contain: 2 people, people playing sports, text and outdoor

Walaupun sebelum itu gambar dan video Kamarul Affendi viral sehingga ke luar negara, namun ianya tidak menggangu fokus penjaga gol Kuala Lumpur ini.

3. Faktor Cuaca

Keadaan hujan lebat yang berlangsung ketika perlawanan masuk aksi separuh masa kedu sedikit menyukarkan pergerakan JDT. Seperti mana yang kita tahu, JDT mengamalkan corak permainan “free flowing football”, namun keadaan padang yang ditakungi air menyukarkan pergerakan bola. Ini sekaligus memaksa perlawanan ditangguhkan.

Ketika perlawanan disambung pada jam 4 petang hari berikutnya, keadaan panas terik sedikit mengganggu permainan pemain-pemain JDT. Tambahan pula mereka jarang bermain dalam keadaan cuaca sedemikian. Kesannya dapat dilihat terutama kepada barisan pemain-pemain import dan kacukan JDT.

4. Posisi Gonzalo Cabrerra

Dalam formasi 4-3-3, Gonzalo Cabrerra berperanan di bahagian “wide area” bersama dengan Jorge Pereyra Diaz dengan sekali sekala mereka berdua bertukar-tukar posisi. Walaubagaimanapun Cabrerra dilihat lebih banyak bermain dibahagian kanan dan ini sedikit meneggelamkan permainan beliau.

Cabrerra juga dilihat sedikit janggal untuk berada dikawasan “half space”  selepas S. Kunalan melakukan “overlapping” di “wide area”. Rujuk gambar dibawah:

Cabrerra di Half Space

Jika dilihat permainan Cabrerra pada musim lepas, beliau lebih selesa bergerak dibahagian kiri sebelum masuk ke dalam kotak penalti pihak lawan.

5. Tenaga Baru Untuk Kuala Lumpur Bertahan

Setelah mendahului dengan satu gol, perlawanan terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat yang menyebabkan keadaan padang diseliputi air. Ini memaksa perlawanan bersambung pada hari berikutnya.

Ianya secara tidak langsung memberikan tenaga baru buat Kuala Lumpur dalam mempertahankan gawang mereka selepas rehat semalaman. Ianya mungkin berbeza sekiranya perlawanan diteruskan dalam keadaan padang yang tidak digenangi air.

6. Penyudah Tumpul

Walaupun JDT dilihat menguasai sebahagian perlawanan dan berjaya melakukan “build up” yang baik dalam mengatur serangan, namun ianya masih belum cukup untuk menembusi gawang lawan berikutan tindakan penyudah yang agak tumpul.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor

Diaz dan Figueroa masing-masing mempunyai 2 percubaan tepat ke arah gol pada separuh masa pertama. Bagaimanapun penyudah tumpul ditambah dengan kecemerlangan penjaga gol, Kamarul Effandi dan pertahanan tengah, Hisyamudin Syaari mengecewakan JDT.