Kesebelasan Utama Harimau Malaya Pilihan Sportivo

0
2507

Sebentar saja lagi perlawanan ke 4 bagi kedua pasukan antara Malaysia Vs Korea Utara untuk kelayakan Piala Asia di Pusingan Ketiga.Venue berkecuali “THAILAND” telah dipilih untuk perlawanan ini berlangsung. Jadi kami di Sportivo ingin berkongsi pemain pilihan kami untuk mendapat tempat di dalam kesebelasan utama.

Kredit : FB HARIMAU MALAYA

Ketiadaan ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim yang digantung 1 perlawanan selepas mengutip kad merah ketika bertemu Hong Kong di perlawanan lepas pasti dirasai. Jadi kami berikan anda pilihan kami ini dengan formasi 4-3-3 :

Penjaga Gol

Kredit : FOURFOURTWO

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

Kami memilih pemain ini berbanding Izham Tarmizi dan Khairul Azhan kerana konsistensinya setakat ini ketika mewakili pasukan negara. Sejak diberikan tanggungjawab untuk mengawal pintu gol negara, persembahan nya sangat baik. Ini termasuk ketika menyelamatkan sepakan penalti di minit akhir ketika bertemu pasukan HongKong.

Pertahanan Kanan

Kredit : ESPN

S KUNANLAN

Memilih di antara tiga pertahanan kanan yang dibawa kali ini ke Thailand tidak lah mudah dan jugak tidak sukar. Kami memilih S KUNANLAN berbanding Azrif dan Amirul Azhan berdasarkan dua faktor mudah. Pengalaman di peringkat antrabangsa dan minit bermain ketika bersama pasukan masing-masing.

Pertahanan Tengah

Kredit : MSTAR

FADHLI SHAS

Sudah pasti pemain ini menjadi pilihan pertama untuk mengisi posisi ini. Sejak Ulisses Morais mengambil alih pasukan JDT, pemain ini paling meningkat naik. Walaupun musim lepas persembahannye agak menurun tetapi pada musim ini beliau kembali ke prestasi sebenar. Dengan pengalaman antarabangsa nya dan dalam prestasi yang terbaik kami berharap beliau mampu menangkis serangan dari pihak lawan dengan baik.

Kredit : FourFourTwo

ADAM NOR AZLIN

Semasa Sukan Sea KL2017 yang lepas beliau merupakan pemain terbaik pasukan Malaysia bagi kami. Kemampuan beliau untuk membaca gerakan pihak lawan sangat mengejutkan. Pemain ini pada asalnya boleh bermain di semua posisi tetapi ketika menjadi pertahanan telah menjadikan beliau satu aset penting pasukan.

Pertahanan Kiri

FAZLY MAZLAN

Tidak disangkal lagi beliau merupakan pertahanan kiri terbaik yang ada di Malaysia buat ketika ini. Terbaru beliau telah memenangi Piala Malaysia bersama pasukan JDT selepas beraksi dengan cemerlang. Pengalaman antarabangsa nya walaupun hanya ketika bersama pasukan JDT di dalam pertandingan AFC tetapi beliau telah membuktikan kemampuan beliau.

Pemain Tengah

Kredit : Goal.com

AFIQ FAZAIL

Musim lepas di JDT2 pemain ini telah menunjukkan potensi yang sangat tinggi. Dan musim ini beliau telah dinaikkan ke pasukan utama JDT. Sejak dari awal musim beliau tidak mengecewakan apabila setiap kali diturunkan. Mungkin sudah tiba masa nya untuk beliau menunjukkan pula kemampuan beliau ketika mewakili Malaysia.

Kredit : Mstar

SYAMER KUTTY ABBA

Mempunyai karakter sebagai pemain yang sangat tenang ketika bola berada di kaki. Berada di kedudukan yang baik ketika menerima bola dan melakukan hantaran baik kepada pasukan menjadi aset penting pemain ini. Beliau semakin matang berbanding usia nya ketika berada di atas padang. Selepas diberikan peluang ketika bertemu Hong Kong tempoh hari, ramai peminat memuji permainannya. Bagi kami beliau layak untuk diberikan peluang kedua.

Kredit : FourfourTwo

NOR AZAM ABDUL AZIH

Ketiadaan arkitek utama dan ketua pasukan Safiq Rahim kami berharap pemain ini dapat memanfaatkan peluang yang datang ini. Beliau menjadi antara tunjang pasukan ketika di Sukan Sea KL2017 tempoh hari. Kemampuan beliau untuk merencana gerakan dan rajin bergerak ke seluruh padang menjadi aset yang sangat penting untuk beliau dan pasukan

Sayap Kanan

Kredit : Goal.com

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

Tiada siapa yang lebih layak untuk bermain di posisi ini selain pemain ini untuk ketika ini.Larian kencang, gelecekan yang menarik dan mampu melakukan percubaan bahaya ke arah pintu gol lawan. Ini merupakan ciri sebenar pemain ini jika beliau berada di prestasi terbaik. Di Felda United nampaknya B.Sathianathan telah berjaya mengembalikan prestasi beliau yang telah hilang selepas dilanda kecederaan panjang.

Sayap Kiri

HADIN AZMAN

Musim lepas boleh dikatakan pemain ini mula berada di puncak prestasi. Akan tetapi ketika musim ini berlangsung, nama beliau seakan hilang dari mulut peminat bola sepak tempatan. Tetapi selepas beberapa perlawanan terakhir ini nampak nya beliau sudah kembali. Kepercayaan Nelo Vingada untuk memanggil beliau ke dalam pasukan merupakan keputusan yang baik.

Penyerang

Kredit : FourFourTwo

AHMAD HAZWAN BAKRI

Tiada kompromi dan kami berani katakan beliau merupakan penyerang terbaik pasukan negara ketika ini. Walaupun terpaksa bersaing dengan pemain import lain di JDT, tetapi beliau tidak pernah mengecewakan jika diberi peluang. Kemampuan untuk menjaringkan gol, menarik pertahanan lawan keluar dari barisan, mengumpan pemain lain untuk menjaringkan gol. Ini semua merupakan kualiti sebenar pemain moden untuk pemakai jersi nombor 9.

Ini formasi pilihan kami bersama kedudukan pemain :

Jom kita tengok video gol dari pasukan Malaysia untuk menaikkan lagi semangat kita :

Ayuh MALAYSIA !! Ayuh HARIMAU MALAYA !!

Baca juga : Bagaimana Malaysia B19 Melepasi Kelayakan Piala Asia