6 Pemain Malaysia Yang Menyerlah Dalam Kejohanan AFC B-23

1
1513
Malaysia Bawah 23 AFC 1

Pada 20 Januari 2018 yang lalu, berakhirlah cabaran skuad muda negara dalam Kejohanan AFC Bawah 23 di peringkat suku akhir dalam satu perlawanan yang cukup menarik. Ternyata pemain-pemain muda negara ini mengangkat martabat bola sepak kita ke suatu tahap yang baru.

Berikut kami senaraikan 6 pemain yang menyerlah dalam kejohanan tersebut:

1. Haziq Nadzli

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Facebook FAM

Penjaga gol muda Johor Darul Ta’zim (JDT) ini tidak diturunkan pada perlawanan pertama menentang Iraq. Dalam perlawanan tersebut Malaysia tewas 1-4 kepada Iraq walaupun Ifwat Akmal beraksi cemerlang.

Kehadiran Haziq bermula dalam perlawanan kedua ketika menentang Jordan aksi cemerlang beliau dalam perlawanan tersbut menyelamatkan 5 daripada 6 percubaan tepat pasukan Jordan.

Aksi cemerlang beliau membuatkan Datuk Ong Kim Swee terus memberikan kepercayaan padanya untuk terus diturunkan menentang Arab Saudi dan Korea Selatan di pusingan suku akhir. Keberanian beliau dalam berhadapan situasi 1 lawan 1 amat dikagumi.

Tindakan refleks Haziq sangat baik. Ia terbukti apabila refleks pantas beliau berjaya menyelamatkan dua percubaan berturut-turut Korea Selatan dalam perlawanan suku akhir.

Secara purata Haziq Nadzli mempunyai 84.90% “successful rates” dalam usaha menyelamatkan gawang Malaysia. Berikut adalah statisik & video permainan Haziq Nadzli:

Jordan Arab Saudi Korea Selatan Jumlah / Purata
Saved 5 4 5 14
Shot Faced 6 4 7 17
Claim Crosses 2 1 0 3
Successful Rates 83.30% 100% 71.40% 84.90%

 

2. Dominic Tan

Agak merisaukan apabila beliau turun dalam perlawanan pertama menentang Iraq. Beberapa kesilapan yang beliau telah lakukan terutamanya ketika gol pertama di lepaskan. Permainan Dominic jelas menampakkan kegugupan.

Di saat rakyat Malaysia mula mempersoalkan kehadiran beliau dalam kesebelasan utama ketika menentang Jordan, Dominic membalas kepercayaan yang diberikan Ong Kim Swee dengan bermain sangat baik pada perlawanan tersebut. Beliau berjaya melakukan 3 “defensive blocks” dengan 2 daripadanya di dalam kotak penalti.

Kecemerlangan beliau diteruskan dalam dua perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi dan Korea Selatan. Beliau terus menjadi tunjang dibarisan pertahanan dalam dua perlawanan apabila melakukan 12 “clearance” penting ketika bertemu Arab Saudi dan 3 ketika bertemu Korea Selatan.

Dalam 4 perlawanan tersebut, secara puratanya kadar hantaran tepat Dominic mencecah 83%. Berikut adalah statistik & video Dominic dalam kejohanan tersebut:

Arab Saudi Jordan Arab Saudi Korea Selatan Jumlah / Purata
Shots 0 0 0 0 0
Shots on target 0 0 0 0 0
Key Passes 0 0 0 0 0
Touches 66 35 33 70 204
Passes 54 28 12 60 154
Passing Accuracy 88.90% 78.60% 83.30% 81.70% 83%
Tackles 2 0 2 2 6
Fouls Won 1 0 2 1 4
Fouls Conceded 1 0 1 0 2

 

3. Adam Nor Azlin

Image may contain: 2 people, people smiling, people playing sports, outdoor and text
Kredit imej: Facebook FAM

Pemain yang memulakan karier beliau selaku penyerang ini telah bertukar menjadi pemain pertahanan. Dalam kejohanan ini beliau mengambil alih tugas selaku kapten daripada tugas Adib Zainuddin yang gagal mendapat tempat dalam kejohanan ini.

Bermain dalam kesemua empat permainan beliau menjalankan tugas selaku kapten dengan baik. Walau kelihatan agak gugup dalam perlawanan pertama, beliau berjaya bangkit bermula perlawanan menentang Jordan.

Kata-kata beliau kepada rakan-rakan sepasukan sebelum permainan bermula ternyata membangkitkan semangat.

Dalam perlawanan menentang Korea Selatan beliau berjaya melakukan 3 “tackle” penting termasuk 1 di dalam kotak penalti. Manakala dalam perlawanan menentang Arab Saudi beliau berjaya melakukan 4 “interceptions” dan 7 “clearance”.

Berikut adalah statistik permainan Adam Nor Azlin:

Arab Saudi Jordan Arab Saudi Korea Selatan Jumlah / Purata
Shots 0 0 0 1 1
Shots on target 0 0 0 0 0
Key Passes 0 0 0 0 0
Touches 68 39 36 61 204
Passes 50 21 24 50 145
Passing Accuracy 82% 71.40% 58.30% 88% 75%
Tackles 2 5 0 3 10
Fouls Won 1 1 0 0 2
Fouls Conceded 2 0 1 0 3

4. Norazam Azih

Hasil carian imej untuk norazam azih malaysia
Kredit imej: Goal.com

Sejak dia mula-mula memecah masuk sebagai kesebelasan utama Pahang pada tahun 2015, Nor Azam Azih telah menjadi salah seorang pemain yang jelas  mempunyai bakat, tetapi satu tanda tanya mengenai sifat dan aplikasi.

Walau bagaimanapun, dalam kejohanan yang dilihat bersesuaian dengan statusnya sebagai pemain paling senior dalam skuad bawah 23 Malaysia, Nor Azam akhirnya menunjukkan potensi beliau.

Beliau merupakan pemain yang menghubungkan bahagian tengah dengan pertahanan dan berusaha untuk memecah pertahanan lawan namun tidak melupakan tugas ketika bertahan.
Secara purata dalam kesemua permainan yang beliau diturunkan, beliau mempunyai ratio ketepatan hantaran sebanyak 72%. Beliau juga berjaya melakukan 5 percubaan dalam dua perlawanan, 3 ketika menentang Jordan dan 2 ketika menentang Korea Selatan. Berikut adalah statistik Norazam Azih.
Arab Saudi Jordan Arab Saudi Korea Selatan Jumlah / Purata
Shots 0 3 0 2 5
Shots on target 0 0 0 0 0
Key Passes 1 2 0 2 5
Touches 80 52 32 101 265
Passes 67 34 24 80 205
Passing Accuracy 80.60% 61.80% 70.80% 76.30% 72%
Tackles 2 1 0 5 8
Fouls Won 2 1 2 3 8
Fouls Conceded 1 2 1 0 4

5. Safawi Rasid

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Facebook FAM

Dua gol di jaringkan beliau dalam perlawanan peringkat kumpulan. Satu gol ketika menentang Iraq dan satu lagi menerusi sepakan penalti ketika menentang Jordan. Pemain ini mempunyai larian pantas dan “work rate” beliau di dalam padang sangat tinggi.

Beliau juga mempunyai kemahiran dalam situasi dengan bola (on-ball) dan bijak melepasi pemain pertahanan. Safawi juga berani melakukan percubaan dalam setiap perlawanan. Secara keseluruhan beliau telah membuat 12 percubaan dalam 4 perlawanan.

Safawi juga berjaya melakukan 3 “key passes” yang salah satu daripadanya merupakan “assist” kepada gol Thanabalan yang juga merupakan gol penyamaan ketika menentang Korea Selatan.

Berikut adalah statistik Safawi Rasid dalam kejohanan  ini.

Arab Saudi Jordan Arab Saudi Korea Selatan Jumlah / Purata
Shots 3 3 2 4 12
Shots on target 1 1 1 3 6
Key Passes 0 2 0 1 3
Touches 59 54 43 46 202
Passes 31 30 16 21 98
Passing Accuracy 64.50% 70% 31.30% 76.20% 61%
Tackles 3 3 4 3 13
Fouls Won 4 0 4 1 9
Fouls Conceded 3 2 2 4 11

6. Akhyar Rashid

Hasil carian imej untuk akhyar rashid malaysia
Kredit imej: FourFour Two.com

Diturunkan selaku pemain gantian dalam perlawanan pertama ketika menentang Iraq, Akhyar dilihat merubah rentak permainan skuad negara. Larian pantas beliau mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan. Gol tunggal Malaysia ketika menentang Iraq berpunca daripada larian pantas Akhyar yang melorongkan bola untuk Safawi menjaringkan gol.

Aksi cemerlang sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut membuatkan Akhyar diberi kepercayaan untuk diturunkan selaku kesebelasan utama. Sekali lagi beliau menjadi punca kepada gol penalti Safawi Rasid apabila gerakan beliau memaksa pertahanan Jordan menjatuhkan belia dalam kotak penalti.

Larian pantas beliau ternyata mampu memporak perandakan pertahanan lawan. Beliau hampir menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Jordan namun percubaan beliau hanya terkena tiang.

Berikut adalah statistik permainan & video Akhyar Rashid dalam kejohanan ini:

Arab Saudi Jordan Arab Saudi Korea Selatan Jumlah / Purata
Shots 1 1 0 0 2
Shots on target 0 0 0 0 0
Key Passes 1 0 0 0 1
Touches 25 43 32 17 117
Passes 15 24 11 12 62
Passing Accuracy 73.30% 79.20% 45.50% 75% 68%
Tackles 0 3 2 1 6
Fouls Won 1 1 2 1 5
Fouls Conceded 0 0 1 1 2

 

Kesimpulan

Enam pemain ini antara yang paling menyerlah dalam Kejohanan AFC Bawah 23 yang lalu. Walaubagaimanapun sumbangan pemain-pemain lain tidak boleh dinafikan kerana bergerak sebagai satu pasukan.

Kejayaan mereka mara ke suku ahir diharap dapat memberi sinar harapan buat masa depan bola sepak negara.

Baca juga: Analisa Malaysia U23 VS Korea Selatan U23