Wednesday, June 19, 2024
HomeHOKITHT & KLHC Bakal Tentukan Kejuaraan MHL

THT & KLHC Bakal Tentukan Kejuaraan MHL

Semalam berlangsung perlawanan ke sembilan Liga Hoki Malaysia (MHL) yang juga merupakan perlawanan kedua terakhir sebelum liga menutup tirai.

Terengganu Hockey Team (THT) terus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan 21 mata apabila mencatat kemenangan ke enam mereka ke atas pasukan muda TNB Thunderbolt. Kemenangan 4-2 ini juga mengekalkan rekod tanpa kalah THT dalam saingan liga selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Walaupun ketinggalan di awal permainan, apabila Muhammad Sabri Mohammed menjaringkan gol hasil pukulan sudut penalti buat TNB Thunderbolt pada minit ke-8, THT berjaya kembali menyamakan kedudukan 3 minit selepas itu menerusi gerakan padang yang diseempurnakan oleh Lopez Barreiros.

Pada suku kedua, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati dalam permainan. Tamat suku kedua, keputusan kekal 1-1. Kedudukan mula berubah pada suku ketiga apabila Gonzallo Peillat menambah dua jaringan untuk THT menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-36 dan 41 menjadikan kedudukan 3-1 sehingga penghujung suku ketiga.

Image may contain: 4 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

THT melebarkan kedudukan pada minit ke-46 apabila B. Namasivayam membuat jaringan hasil gerakan padang untuk gol ke-empat THT. Di penghujung perlawanan Muhammad Azammi Adabi berjaya membuat jaringan padang untuk TNB Thunderbolt namun tidak memberikan apa-apa makna buat mereka kerana ianya hanya merubah kedudukan buat THT masih mendahului 4-2.

Dalam satu lagi perlawanan antara penghuni kedudukan kedua dan ketiga, TNB tersingkir daripada persaingan kejuaraan liga apabila keciciran mata setelah tewas kepada Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC). KLHC pula meneruskan cabaran untuk menghuni takhta liga apabila ketinggalan hanya satu mata dibelakang THT selepas kemenangan 4-0 semalam.

Pesta gol buat KLHC hanya bermula pada suku kedua apabila Muhammad Hafizuddin Zaidi membuat jaringan padang pada minit ke-28 sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-44.

Image may contain: 2 people, people playing sports
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Jang Jonghyun menambah lagi derita buat KLHC apabila menambah dua lagi gol pada suku ke empat perlawanan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-49 dan jaringan padang pada minit minit ke-58.

Kemenangan 4-0 ini menjadikan KLHC sebagai pasukan tunggal untuk mencabar kedudukan THT selaku juara liga apabila kedua-dua pasukan akan bertemu dalam perlawanan terakhir hujung minggu ini.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Maybank terus gagal mencatatkan kemenangan selepas sembilan perlawanan apabila sekadar seri 1-1 dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Walaupun mendahului seawal minit ke-8 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Mohd Zulhairi Hashim, UniKL berjaya mengimbangi kedudukan pada minit ke-53 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Glenn Stewarts Turner.

Berikut adalah kedudukan liga selepas perlawanan kesembilan.

No automatic alt text available.
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Saingan perebutan kejuaraan liga menjadi lebih menarik apabila dua pasukan teratas yang dibezakan dengan satu mata sahaja bakal membuat perhitungan dalam perlawanan terakhir. THT hanya memerlukan keputusan seri untuk bergelar juara manakala KLHC memerlukan kemenangan untuk memintas THT pada perlawanan terakhir.

Baca juga: THT Kekal Pendahulu, KLHC & TNB Ekori Rapat

 

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments