Latihan Di Korea Selatan Dan China, Persediaan Awal Skuad B-23

1
1664
Harimau Muda

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui Setiausaha Agung nya Dato’ Hamidin Mohd Amin mengumumkan bahawa Skuad B-23 negara akan membuat latihan pusat di Mokpo, Korea Selatan dan Nanjing, China.

Latihan pusat ini adalah persediaan awal buat anak-anak buah Daruk Ong Kim Swee bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang bakal berlangsung di Changshu dan Kunshan China pada 10 Januari hadapan.

Program latihan pusat itu telah diperkenan sendiri oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas baginda bertemu dengan Kim Swee dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selaku pengurus pasukan di Johor Bahru, Johor, semalam.

Ianya dapat direalisasikan hasi hubungan baik DYAM Tunku Presiden dengan Presiden Persatuan Bolasepak Korea (KFA), Chung Mong Gyu dan juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak China (CFA), Zhang Jian.

Menurut FAM, kem latihan pusat tempatan akan bermula di Johor Bahru terlebih dahulu selama 20 hari bermula pada 27 November ini hingga 16 Disember dengan dua perlawanan persahabatan tempatan dijadual pada 9 dan 14 Disember.

Seterusnya, Skuad B-23 negara dijangka terbang ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Disember dan bakal berkelana di sana selama 14 hari sehingga 20 Disember 2017. FAM juga merencanakan 3 perlawanan persahabatan di Mokpo termasuk menentang Skuad B-23 Korea Selatan pada 22,25 dan 28 Disember.

Anak-anak buah Kim Swee kemudiannya akan menuju ke Nangjin China untuk fasa terakhir persiapan bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFC 2018. Latihan pusat di Nangjin dijadualkan selama 8 hari sehingga 6 Januari 2018 dan satu perlawanan persahabatan dijadualkan pada 5 Disember.

Dari Nangjin, Skuad B-23 Negara akan terus ke Changsu bagi menghadapi pelrlawanan sebenar dan dijadualkan bertemu Iraq pada 10 Januari 2018. Kemudiannya mereka akan berhadapan Jordan pada 13 Januari sebelum bertemu Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Melalui persiapan awal ini, diharapkan Skuad B-23 Negara dapat melakukan persiapan rapi sebelum menghadapi kejohanan sebenar.

Semoga berjaya buat Harimau Muda!!!

Jom saksikan sedikit video permainan Harimau Muda ini :

Baca juga : FMLLP Akan Memperkenalkan Liga Divisyen 4 di Malaysia