Tahniah Kepada Syamer Kutty dan Dominic Tan

1
3709

Tahniah kepada Syamer Kutty dan Dominic Tan kerana telah dipilih oleh pihak Johor Southern Tigers untuk dihantar ke kelab Portugal untuk dipinjamkan.

Mereka akan dipinjamkan selama setahun ke Kelab Bolasepak Vilaverdensen di Portugal.Kelab yang berada di Divisyen ke 4 dalam Liga Portugal ini merupakan persinggahan pertama untuk mereka selepas dijanjikan untuk bermain di luar negara.

Berdasarkan petikan dari laman facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi berbunyi begini :

Pihak pengurusan bersetuju untuk menghantar Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan ke Kelab Bolasepak Vilaverdensen selama setahun. Mereka berdua akan bertolak ke Portugal pada esok 26hb Januari 2018. Pastinya kedua-dua pemain ini dapat menimba lebih pengalaman disana dan membawa satu impak positif ke dalam kelab JDT dan negara selepas bermain di kelab luar negara.

 

Berdasarkan pemerhatian kami kelab ini bermain di dalam Liga Portugal di Divisyen ke 4 dan bekerjasam dengan pasukan Braga di Liga Utama Portugal.

Semoga dengan kerjasama ini dengan menghantar mereka berdua bermain di luar negara akan lebih mematangkan dan meningkatkan lagi mutu permainan mereka berdua.

Kami sangat berbangga dengan pencapaian ini kerana setelah lama kita menanti akhirnya ada pemain yang akan bermain di luar negara.

Dominic Tan

Ini serba sedikit biodata mengenai pemain pertahanan ini.

Nama Penuh Dominic Tan Jun Jin
Tarikh Lahir 12 Mac 1997
Tempat Lahir Singapore
Tinggi 1.83 m (6 ft 0 in)
Posisi Pertahanan Tengah

Syamer Kutty Abba

Ini serba sedikit biodata mengenai pemain tengah ini.

Nama Penuh Mohamed Syamer bin Kutty Abba
Tarikh Lahir 1 Oktober 1997
Tempat Lahir Penang, Malaysia
Tinggi 1.85 m (6 ft 1 in)
Posisi Tengah

 

Selamat Maju Jaya kami ucapkan kepada mereka berdua. Timba lah ilmu sebanyak nya dalam membantu meningkatkan mutu dan kualiti bolasepak JDT dan Malaysia am nya.

Jom kita saksikan video pasukan yang akan diwakili mereka Vilaverdensen FC :

Kita saksikan juga detik antara permainan terbaik Dominic Tan ketika bertemu Jordan baru-baru ini  :

Baca juga : Kelayakan ACL: JDT Terus Gagal Rebut Slot ACL