THT Juara Liga Hoki Malaysia

0
847
THT Juara MHL 2018

Perbelanjaan besat Terengganu Hockey Team (THT) membawa masuk pemain-pemain import ternama dunia ternyata berbaloi apabila mereka berjaya merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2018.

THT mengesahkan kejuaraan apabila berjaya menundukkan seteru utama mereka, Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) 2-1 dalam perlawanan terakhir liga. Sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan hanya dipisahkan satu mata dengan THT menerajui takhta liga.

Ternyata perlawanan ini untuk menentukan kejuaraan yang mana THT hanya memerlukan keputusan seri namun KLHC memerlukan kemenangan.

Image may contain: 4 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Kedua-dua pasukan bermula dengan cukup berhati-hati menyebabkan perlawanan terikat 0-0 sehingga tamat suku kedua perlawanan. Bermula suku ketiga KLHC terlebih dahulu dihadapan apabila pemain kebangsaan, Nabil Fiqri bin Mohd Noor menajringkan gol menerusi gerakan padang pada minit ke-36.

KLHC berjaya mempertahankan kedudukan sehingga tamat suku ketiga sebelum THT bangkit menerusi jaringan padang Faizal Shaari pada minit ke-50 untuk gol penyamaan THT.

Semangat pemain-pemain THT dilihat meningkat selepas gol penyamaan tersebut. Hasilnya, pemain import THT, Lopez Barreiros berjaya menjaringkan gol pendahuluan yang juga gol kemenangan buat THT pada minit ke-53.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Kemenangan tersebut menyaksikan THT muncul juara apabila mengutip 24 mata dengan rekod tanpa kalah meninggalkan KLHC sebagai naib juara dengan perbezaan 4 mata.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, penghuni tangga ketiga liga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menundukkan Universiti Kula Lumpur (UniKL) menerusi kemenagan tipis 3-2.

TNB mendahuli seawal minit ke-5 apabila Muhammad Amirol Aideed menyempurnakan gerakan menerusi pukulan sudut penalti. Syed Syafiq Syed Cholan menggandakan pada minit ke-13 apabila menyempurnakan pukulan “penalty stroke”.

Kebangkitan cuba ditunjukkan UniKL apabila mereka memperolehi gol sulong hasil jaringan padang Abdul Khaliq Hamirin dua minit selepas bermulanya suku ketiga. Walaubagaimanapun, TNB kembali menjarakkan kedudukan di minit akhir suku ketiga yang dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin.

TNB Thunderbolt vs Penang Hockey
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

UniKL cuba bangkit sekali lagi, namun jaringan padang Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-54 terlalu lewat untuk UniKL menghindari kekalahan.

Dalam satu lagi perlawanan yang mempertemukan dua pasukan di dasar liga, Maybank akhirnya berjaya mencipta kemenangan pertama dalam saingan Liga Hoki Malaysia ini apabila menundukkan TNB Thunderbolt 2-0.

Gol-gol Maybak dijaringkan oleh Mohamad Zulhamizan Awang Abas dan Allan Oscar William  pada minit ke- dan 47. Kedua-dua gol dijaringkan menerusi gerakan padang.

Kemenangan ini berjaya menghindarkan Maybank daripada menghuni tangga tercorot liga. Berikut adalah kedudukan terakhir liga selepas tamat kesemua 10 perlawanan.

No automatic alt text available.
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Tamat saingan Liga Hoki Malaysia ini, empat pasukan teratas bakal merebut Piala TNB yang dijadualkan bermula pada 4 Febuari ini untuk peringkat separuh akhir. THT dijadual bertemu UniKL manakala KLHC bakal berdepan cabaran TNB. Peringkat separuh akhir ini akan dijalankan menerusi format timbal balik yang akan berlangsung pada 7 Febuari.

Baca juga: THT & KLHC Bakal Tentukan Kejuaraan MHL