Kecederaan ACL Dalam Semua Sukan – Bahagian Pertama

0
2260

Kali ini kita cuba ubah angin sedikit. Kalau kita selalu baca pasal sukan tapi ini kali kita cerita pasal benda lain pulak. Diharap topik ni tak membosankan korang. Kita cerita pasal kecederaan2 yang biasa kita dengar dalam arena sukan.

Untuk post yang pertama mengenai isu ni kita cerita pasal ACL. Amacam, boleh tak?

Korang mesti biasa dengar pasal ACL ni. Tapi, korang paham ke apa benda ACL tu?
Siapa atlet yang pernah mengalami kecederaan ni?

Mesti pernah dengar nama macam kurt zouma,alex morgan, tom brady
Ini semua atlet taraf dunia yang pernah mengalami kecederaan ACL tapi berjaya bangkit selepas tu.

Kenapa berjaya bangkit,bunyi macam teruk sangat pulak kalau kecederaan ACL. Memang setiap atlet sangat risau pasal kecederaan tapi paling risau kalau ade kena mengena dengan ACL.
Kecederaan ACL ni boleh dikatakan career killer.

Apa itu ACL?

ACL ni salah satu ligamen yang ada di lutut. Dalam bahasa mudah nya, ligamen yang menghubungkan antara femur dan juga tibia.

So, ACL ni ligamen yang mana satu?
ACL bermaksud anterior (depan) cruciate ligament. Haaa, pening kan?
Nah gambar rajah so korang senang paham sikit.

ACL ni fungsi dia sangat penting untuk stability lutut kita.

Punca kecederaan ACL

Disebabkan peranan ACL ni untuk jaga kestabilan lutut kita maka pergerakan2 yang menganggu kestabilan boleh menyebabkan kecederaan. Bila kita bersukan kita banyak melakukan aktiviti larian pantas dan hentian2 mengejut serta perubahan arah secara mengejut. Ini semua boleh menyebabkan kecederaan pada ACL.

Sukan yang melibatkan aktiviti2 lompatan seperti bola keranjang, american football dan bola sepak juga sangat prone dengan kecederaan ACL ni. Ini tak berlaku semasa kita melompat, tetapi masa kita mendarat itu yang merisaukan. Jika kita landing dalam keadaan tak stabil, maka sangat prone lah kita untuk mendapat kecederaan pada ACL dan juga kecederaan lain.

Jom kita lihat sedutan video bagaimana ACL boleh terjadi :

Baca juga : FMLLP Menjelaskan Kekeliruan Isu Perlesenan Kedah Dan Felda United

Artikel ini telah disumbangkan oleh seorang pembaca kami iaitu Ezzudin Adham. Jika anda ingin artikel anda di baca oleh pembaca di blog kami boleh email kan artikel anda kepada info@thesportivo.com.