Futsal AFC: Previu Kumpulan A, Vietnam, Malaysia, Chinese Taipei & Bahrain

1
1161
Futsal AFC Group A Coaches

Hari ini bakal bermula Kejohanan Futsal AFC 2018 yang berlangsung di Chinese Taipei. Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Bahrain dan pasukan tuan rumah Chinese Taipei. Jom kita kenali pasukan-pasukan yang bersama Malaysia dalam Kumpulan A.

Chinese Taipei

Hasil carian imej untuk chinese taipei futsal
Kredit imej: http://www.ashgabat2017-gallery.com

Pasukan tuan rumah Chinese Taipei akan berdepan cabaran Bahrain dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A pada Khamis. Jurulatih mereka, Adil Amarante berharap pasukan mudanya mampu melakukan seseuatu dihadapan penyokong mereka sendiri. Namun beliau kekal realistik tentang peluang mereka ketika menentan pasukan dari Asia Barat yang juga juara Kumpulan A dalam pusingan kelayakan Zon Asia Barat.

Ini merupakan kali ke-12 penyertaan Chinese Taipei dalam Kejohanan Futsal AFC ini yang mana pencapaian terbaik mereka adalah layak ke peringkat suku akhir pada tahun 2003 sebelum ditumpaskan Jepun 7-0 pada peringkat tersebut.

Selain daripada itu mereka sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Setakat bulan Febuari, Chinese Taipei menduduki tangga ke-81 dalam ranking futsal dunia.

Menurut Amarante, persiapan mereka untuk kejohanan ini sedikit terjejas berikutan kecederaan beberapa pemain utama, namun beliau kekal positif dengan baki pemain yang ada.

Bahrain

Kredit imej: http://www.xaluan.com

Layak selaku juara Kumpulan A dalam kelayakan Zon Asia Barat, Bahrain banyak melakukan kejutan dalam pusingan kelayakan apabila menewaskan Arab Saudi dan Iraq yang mempunyai ranking lebih baik dalam dunia,

Walaubagaimanapun ini hanyalah penampilan kedua Bahrain dalam Kejohanan Futsal AFC ini selepas kali pertama menyertainya pada tahun 2002 dimana mereka sekadar menamatkan saingan diperingkat kumpulan selepas hanya menang satu daripada empat perlawanan.

Bahrain kini menghuni ranking ke-93 dunia. Pengendali Bahrain, Adel Marzooq sedar akan kesukaran yang bakal dihadapi pasukannya terutama apabila beraksi berdepan penyokong tuan rumah. Namun beliau menjanjikan pembangunan sukan futsal di Bahrain menerusi persembahan dalam kejohanan ini.

Vietnam

Kredit imej: http://www.xaluan.com

Vietnam menduduki ranking terbaik antara 4 pasukan dalam Kumpulan A. Setakat 1 Febuari, Vietnam memnduduki tangga ke-41 dalam ranking futsal dunia. Ini menjadikan mereka selaku pasukan pilihan.

Vietnam layak selaku juara Kumpulan A dalam pusingan kelayakan Zon Asean setelah mengutip mata maksima setelah menang ke-empat-empat perlawanan.

Pada Kejohanan Futsal AFC 2016, Vietnam berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan menamatkan saingan di kedudukan ke-4. Mereka terpaksa akur tewas kepada Iran di peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada Thailand dalam penentuan tempat ketiga.

Jurulatih Vietnam, Miguel Rodrigo melontarkan keyakinan dalam peringkat kumpulan ini namun perlu menentang lawan yang sukar (Malaysia) dalam perlawanan pembukaan.

Malaysia

Image may contain: 13 people, text
Kredit imej: Facebook FAM

Skuad negara seolah-olah mendapat suntikan apabila jurulatih Chiew Chun Yong tersenarai sebagai calon jurulatih pasukan kebangsaan terbaik dunia. Ianya merupakan suatu pencapaian terbaik secara keseluruhannya buat kem futsal negara.

Ini merupakan penampilan kali ke-12 buat skuad Malaysia dalam Kejohanan Futsal AFC ini. Walaubagaimanapun skuad negara masih gagal melepasi peringkat kumpulan dan 11 edisi sebelum ini. Tahun ini, Malaysia dilihat mempunyai peluang lebih baik apabila 2 daripada 4 pasukan menduduki ranking yang lebih rendah daripada Malaysia.

Malaysia layak ke kejohanan ini selaku naib juara kumpulan B di belakang Thailand. Berada dalam ranking ke-54 dunia, skuad negara dijangka mampu layak ke pusingan seterusnya. Cabaran terbesar dijangka daripada Vietnam yang bakal dihadapi dalam perlawanan pertama. Namun dalam Kejohanan Futsal AFF baru-baru ini, Malaysia telah berjaya menundukkan Vietnam5-1 di peringkat separuh akhir.

Apapun skuad negara tidak boleh memandang enteng cabaran pasukan lain. Diharapakan semangat skuad bawah 23 tahun negara dalam Kejohanan AFC Bawah 23 mampu di contohi skuad futsal negara.

Baca juga: Jurulatih Futsal Negara Calon Jurulatih Terbaik Dunia