Wednesday, June 19, 2024
HomeHOKIUniKL dan TNB Lakar Kejutan

UniKL dan TNB Lakar Kejutan

Perlawanan separuh akhir pertama Piala TNB 2018 berlangsung semalam mempertemukan empat pasukan teratas Liga Hoki Malaysia 2018.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melakar kejutan apabila menundukkan juara Liga Hoki Malaysia, Terengganu Hockey Team (THT) 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional semalam. Kemenangan besar ini menujukkan UniKL membawa bekalan yang selesa menjelang perlawanan suku akhir kedua pada 7 Febuari nanti.

UniKL ternyata tampil garang pada perlawanan ini untuk menafikan aksi sebenar THT. Kieran Ian Rogers memulakan pesta gol buat UniKL apabila menyempurnakan gerakan pukulan sudut penalti pada minit ke-13.

Image may contain: 2 people, people playing sports
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Jeroen Dolf Hertzbeger menggandakan kedudukan buat UniKL dua minit selepas bermulanya suku ketiga perlawanan menerusi gerakan padang sebelum Glenn Stewarts Turner menambah derita UniKL juga menerusi jaringan padang pada minit ke-41.

Jeroen Dolf Hertzberger menambah derita buat THT apabila meledak gol kedua peribadi menerusi pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 4-0. THT yang cuba bangkit akhirnya berjaya mencipta jaringan menerusi Joaqin Menini pada minit ke-51 sebagai bekalan untuk dibawa ke perlawanan separuh akhir kedua.

Dalam satu lagi perlawanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas naib juara Liga Hoki Malaysia yang juga juara Piala Tan Sri P. Alagendra, Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC).

Kedua-dua pasukan bermula dengan berhati-hati menyebabkan suku pertama berakhir tanpa sebarang jaringan. TNB mula dihadapan pada minit ke-26 menerusi jaringan padang Muhammad Noor Firdaus Rosdi sebelum Tengku Ahmad Tajuddin menyempurnakan pukulan “penalty-stroke” pada minit ke-35 untuk gol kedua TNB.

Image may contain: 4 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

KLHC bangkit merapatkan kedudukan seminit selepas itu menerusi jaringan padang Muhammad Hafizuddin Zaidi pada minit ke-36 namun jaringan padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook  kembali menjarakkan kedudukan pada minit ke-55.

Usaha KLHC untuk mengejar kedudukan akhirnya berjaya setelah Lee Nam Yong mengurangkan defisit gol pada minit ke-59 untuk tidak membenarkan TNB membawa bekalan selesa mmenjelang separuh akhir kedua.

Perlawanan separuh akhir kedua bakal berlangsung pada 7 Febuari 2018 dengan THT dan TNB bakal menjadi tuan rumah.

Baca juga: THT Juara Liga Hoki Malaysia

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments