Sunday, May 19, 2024
HomeBOLA SEPAK4 Pemain Bawah 23 Antara Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017

4 Pemain Bawah 23 Antara Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017

Adakah ianya suatu petanda yang baik buat skuad negara di masa hadapan apabila empat pemain bawah 23 kebangsaan menerima anugerah dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 yang berlangsung malam tadi.

Empat pemain tersebut tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut berikutan menjalani latihan pusat skuad bawah 23 di Mokpo, Korea Selatan sebagai persediaan untuk menghadapi Piala Asia Bawah 23 yang akan berlangsung di Changsu, China pada Januari hadapan.

Antara yang mencuri tumpuan adalah kemenangan penjaga gol bawah 23 kebangsaan yang mewakili pasukan Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim yang dinobatkan selaku Penjaga Gol Terbaik dalam anugerah tersebut. Ifwat dilihat menewaskan dua penjaga gol berpengalaman, Farizal Harun yang mewakili Felda United dan juga Hafizul Hakim (Perak) yang juga merupakan penjaga gol utama skuad senior kebangsaan.

ifwat akmal

Kejutan juga berlaku untuk Anugerah Pertahanan Terbaik apabila Matthew Davies dilihat mengetepikan cabaran dua pertahanan yang lebih senior. Panel juri ternyata melihat potensi pemain muda ini dibandingkan dengan Rizal Ghazali dan Shukor Adan yang lebih berpengalaman.

Anugerah yang memang ditujukan khas untuk pemain muda pula dimenangi Adam Nor Azlin yang bermain untuk Selangor musim ini. Adam Nor Azlin menewaskan dua lagi calon iaitu Ifwat Akmal Che Kassim dan juga pemain tengah skuad bawah 23 negara, Syameer Kutty Abba  untuk dinobatkan selaku Pemain Muda Harapan.

Penjaring utama skuad negara ketika kempen Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang lalu, N. Thanabalan menerima Anugerah Mesra Media. Anugerah ini diterima berdasarkan personaliti beliau yang mudah didekati media dalam melakukan liputan. Walaupun anugerah ini dinilai bukan berdasarkan permainan, tetapi ianya suatu yang positif apabila kemesraan pemain media secara tidak langsung dapat mempromosikan bola sepak negara.

N. Thanabalan

Selain daripada empat pemain bawah 23 tahun tersebut, Norazam Azih yang mewakili Pahang juga tersenarai selaku finalis untuk Anugerah Pemain Tengah Terbaik. Namun anugerah tersebut dimenangi Badroll Bakhtiar yang juga merupakan pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai.

Kejayaan empat pemain bawah 23 ini diharapkan sebagai langkah pertama sebagai pendorong kepada mereka di masa hadapan sekaligus memberi sinar buat bola sepak Malaysia suatu hari nanti. Pencapaian mereka yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia juga dilihat sebagai petanda positif kebangkitan bola sepak Malaysia.

Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

Pemain Paling Bernilai : Baddrol Bakthiar (Kedah)
Penjaga Gol Terbaik: Ifwat Akmal Che Kassim (Kedah)
Pertahanan Terbaik: Matthew Davies (Pahang)
Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakthiar (Kedah)
Penyerang Terbaik: Shahrel Fikri (PKNP)
Jurulatih Terbaik: B. Sathianathan (Felda United)
Pemain Import Terbaik: Liridon Krasniqi (Kedah)
Pemain Muda Harapan: Adam Nor Azlin (Selangor)
Pemain Wanita Terbaik: Siti Rohani Saptu (Sarawak)
Penyokong Terbaik: Kedah
Pasukan Terbaik: Kedah

Kedah

Penjaring Terbanyak Liga Super (Import): Mohammed Ghaddar (JDT)
Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan): Baddrol Bakthiar (Kedah)
Penjaring Terbanyak 100Plus Liga Premier (Import): Guilherme de Paula (Kuala Lumpur)
Penjaring Terbanyak 100Plus Liga Premier (Tempatan): Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

Anugerah Pemain Paling Popular: Liridon Krasniqi (Kedah)
Anugerah RTM Pemain Paling Mesra: N. Thanabalan

Anugerah Fair Play: T-Team FC
Anugerah Komuniti: En. Sunny Shalesh (Pan-Disability Football Malaysia)

Anugerah Laman Web Terbaik: Selangor
Anugerah Media Sosial Terbaik: Kedah

Anugerah Selamat Datang: UKM FC dan FELCRA FC

11 Pemain Terbaik (Best XI) :

Best XI ABK2017

Penjaga Gol : Ifwat Akmal Che Kassim (Kedah)
Pertahanan : Matthew Davies (Pahang)
Pertahanan : Fadhli Shas (Johor Darul Ta’zim)
Pertahanan : Thiago Aquino (Perak)
Pertahanan : Rizal Ghazali (Kedah)
Tengah : Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim)
Tengah : Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim)
Tengah : Liridon Krasniqi (Kedah)
Tengah : Badroll Bakhtiar (Kedah)
Penyerang : Shahrel Fikri (PKNP)
Penyerang : Mohammed Ghaddar (Kelantan / Johor Darul Ta’zim)

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments