Friday, June 21, 2024
HomeBERITA SEMASAFMLLP Akan Memperkenalkan Liga Divisyen 4 di Malaysia

FMLLP Akan Memperkenalkan Liga Divisyen 4 di Malaysia

Pengerusi FMLLP, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mahu memperkenalkan Liga Divisyen 4 di Malaysia yang melibatkan 26 pasukan atau lebih bagi tujuan untuk lebih memastikan kelompok pemain bolasepak di Malaysia dibesarkan disamping memberi lebih peluang kepada pemain-pemain muda.

Dalam 1 kenyataan melalui status di Facebook Rasmi FMLLP, tidak lama lagi mereka akan mewujudkan Liga Divisyen 4 ini demi menambahkan lagi bilangan pemain yang baik untuk diketengahkan.

Perlaksanaan liga ini masih dalam peringkat perancangan oleh FAM dan bakal melibatkan pasukan-pasukan dari liga komuniti atau pemilik kecil-kecilan dengan salah satu syarat penyertaan mungkin dimana setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya 4 pemain di bawah usia 19 tahun.

Saingan Piala FA musim hadapan pula akan menjadi platform aspirasi dan inspirasi bagi pasukan-pasukan amatur, sosial dan remaja dimana penambahan pasukan turut akan dibuat dengan penyertaan pasukan-pasukan ini di pusingan awal dapat memberi peluang kepada mereka untuk bertemu pasukan gergasi dari Liga Super jika berjaya melayakkan diri ke undian utama. Mekanisme pembabitan serta syarat-syarat sedang dikaji dan diperhalusi oleh FMLLP.

Inisiatif Tunku Pengerusi FMLLP ini merupakan salah satu langkah yang baik dalam memastikan pentas bolasepak profesional di Malaysia adalah platform yang inklusif bagi merealisasikan pembangunan struktur liga yang kompetitif sambil memastikan bolasepak, yang merupakan hak rakyat Malaysia tetap berada di minda dan hati rakyat.

Bagi pendapat kami penubuhan Liga Divisyen 4 ini sangat dialu-alu kan memandangkan sekarang ini trend Liga Komuniti di Malaysia semakin bertambah. Pasukan kecil-kecilan tapi berjiwa besar juga berpeluang menunjukkan bakat mereka dan diketengahkan.

Kami berharap dengan penubuhan Liga Divisyen 4 ini mampu menarik lebih ramai pemain-pemain muda untuk bermain bola sepak dan meyakinkan lebih ramai ibu bapa bahawa bola sepak merupakan satu karier bukan lagi sebagai hobi membuang masa.

Embed from Getty Images

Jika ini sudah direalisasikan tidak mustahil untuk kita melihat pasukan kebangsaan Harimau Malaya pergi lebih jauh dalam mana-mana pertandingan yang disertai mereka.

Ayuh MALAYSIA!!!

Jom kita saksikan sorotan perlawanan pada Hari Komuniti Bola Sepak yang lalu :

Baca Juga : Bagaimana Malaysia B19 Melepasi Kelayakan Piala Asia

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments