Wednesday, June 19, 2024
HomeMOTO GPHafizh Syahrin Pelumba MotoGP Pertama Dari Malaysia?

Hafizh Syahrin Pelumba MotoGP Pertama Dari Malaysia?

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin berpeluang untuk menjadi pelumba MotoGP pertama dari Malaysia selepas menghabiskan empat musim bermula di grid dalam saingan Moto2.

Peluang ini hadir untuk Hafizh Syahrin apabila terpilih untuk menyertai pasukan Tech 3 Yamaha pada  sesi ujian musim sejuk yang bakal berlangsung di Buriram, Thailand.

Pemilihan Hafizh Syahrin ini berikutan penarikan diri Jonas Folger yang telah pun menandatangani kontrak untuk musim kedua bersama pasukan Tech 3 Yamaha namun terpaksa berundur daripada saingan musim ini berikutan masalah kesihatan.

Kredit imej: motorsports.com

Pasukan yang berpengkalan di Perancis ini sebelum ini menguji bekas pelumba utaa MotoGP, Yonny Hernandez untuk menggantikan tempat Jonas Folger dalam sesi ujian pertama yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 28 Januari yang lalu namun kelibat Hafizh Syahrin lebih menarik perhatian untuk digandingkan bersama Johann Zarco bagi saingan MotoGP musim ini.

Hafizh Syahrin yang sebelum ini bersama SIC Racing Team semenjak 2014 digugurkan pada saat akhir selepas SIC Racing Team mengumumkan Zulfahmi Khairudin selaku pengganti beliau.

Walaubagaimanapun Hafizh Syahrin menerima rezeki yang lebih baik apabila berpeluang untuk bersama Johann Zarco dalam pasukan Tech 3 Yamaha selepas bebas daripada sebarang komitmen dalam siangan Moto2.

Johann Zarco Moto GP
Kredit imej: motorsports.com

Pengurus pasukan Tech 3 Yamaha, Herve Poncharal sebelum ini memaklumkan bahawa beliau tidak berminat untuk menandatangani pelumba yang mempunyai kontrak. Ia sekaligus memberi ruang buat Hafizh Syahrin untuk menarik perhatian pengurusan Tech 3 Yamaha.

Ia satu peralihan yang cukup besar buat Hafizh seandainya dia berjaya diikat pasukan tersebut. Hafizh sebelum ini beraksi dalam kelas Moto2, dengan menunggang motor berkuasa sekitar 600cc dan peralihan ke MotoGP bakal menyaksikannya menunggang jentera berkuasa 1,000cc ke atas.

Sepanjang karier dalam saingan Moto2 semenjak tahun 2011, Hafizh Syahrin telah tiga kali menghabiskan pelumbaan pada kedudukan podium termasuk dua kali pada musim 2017. Pada musim tersebut beliau menghuni tangga ke-10 keseluruhan setelah mengutip 106 mata.

Hafizh Syahrin 2
Kredit imej: motorsports.com

Bermula 16 Febuari ini, ianya bakal menjadi penentu buat Hafizh Syahrin apabila pasukan Tech 3 Yamaha dijangka memnuat keputusan akhir selepas sesi perlumbaan ujian yang berlangsung selama tiga hari itu.

Apapun, ayuh kita ucapkan “Selamat Berjaya” buat Hafizh Syahrin agar beliau dapat melakukan yang terbaik dalam sesi ujian tersebut sekaligus menjadi pelumba pertama dari Malaysia beraksi dalam saingan MotoGP bersama jagoan dunia seperti Marc Marquez dan Valentino Rossi.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments