Friday, May 24, 2024
HomeHOKITHT Kekal Pendahulu, KLHC & TNB Ekori Rapat

THT Kekal Pendahulu, KLHC & TNB Ekori Rapat

Semalam, 28 Januari 2018 berlangsung perlawanan kelapan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2018 untuk enam pasukan yang bertanding. Tiga perlawanan dilangsungkan untuk menentukan kedudukan liga.

Berikut adalah laporan ketiga-tiga perlawanan yang berlangsung semalam.

THT 2 – 1 Maybank

Pakar pukulan sudut penalti dari Argentina, Gonzallo Peillat menjadi wira buat Terengganu Hockey Team (THT) apabila menjaringkan dua gol buat THT dalam usaha mempertahankan kedudukan pertama dalam liga.

Maybank terlebih dahulu di depan apabila Mohamad Faid Farhard Mohamad Shah membuat jaringan hasil gerakan padang di penghujung suku pertama perlawanan. Kedudukan tidak berubah pada suku kedua perlawanan apabila Maybank berjaya mengekalkan kelebihan satu gol.

Kredit imej: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/01/381824/tht-kukuhkan-cengkaman-di-persada-mhl

Walaubagaimanapun kedudukan berubah pada suku ketiga apabila THT mula bangkit melalui jaringan Gonzalo Peillat yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-35.

Tiga minit selepas itu, Peillat sekali lagi meledak gol kemenangan buat THT. Kemenangan ini terus meletakkan THT sebagai pendahulu liga.

UniKL 1 – 3 KLHC

Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) turut mencatat kemenangan untuk tidak membenarkan THT menjarakkan mata. Kemenangan keenam KLHC ini dicatat keatas pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

UniKL dihat terlebih dahulu dihadapan apabila pemain import mereka, Glenn Stewarts Turner membuat jaringan awal melalaui gerakan padang pada minit ke-6. Walaubagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Harvinder Singh menjaringkan gol penyamaan pada penghujung suku pertama.

Image may contain: 6 people, people playing sports
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Kedudukan terikat pada suku kedua sebelum KLHC mula mendahului menerusi jaringan Lee Nam Yong yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-32. Jang Jonghyun terus melebarkan kedudukan  buat KLHC juga melalui pukulan sudut penalti di penghujung suku ketiga.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dengan kemenangan berpihak kepada KLHC. Kemenangan ini mengekalkan kedudukan KLHC ditangga kedua liga dengan perbezaan satu mata di belakang pendahulu.

TNB 6 – 0 TNB Thunderbolt

Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga tidak mahu ketinggalan mata dalam perebutan takhta liga apabila turut mencatatkan kemenangan. Kali ini TNB tiada belas kasihan buat pasukan muda mereka “TNB Thunderbolt” apabila pasukan abang membelasah pasukan adik 6-0.

Pesta gol buat TNB dimulakan seawal minit ke-2 menerusi Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan yang menyempurnakan hantaran hasil pukulan sudut penalti. Kedudukan itu kekal sehinggan penguhuju suku kedua perlawanan.

Image may contain: 4 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Bermula suku ketiga, TNB Thunderbolt mula kelihatan longlai apabila TNB menggandakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi Syarman Mat Tee yang membuat jaringan padang. Tiga minit selepas itu Nik Aiman Nik Rozemi menjaringkan gol ketiga buat TNB. Mohamad Akhimullah menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-40 melunturkan lagi semangat TNB Thunderbolt.

Nik Aiman Nik Rozemi menambah dua lagi jaringan peribadi beliau pada suku keempat perlawanan pada minit ke-54 dan 59 melalui pukulan sudut penalti sekaligus memberi kemenangan besar 6-0 buat TNB.

Kedudukan Liga

Berikut adalah kedudukan terkini Liga Hoki Malaysia. THT terus mengungguli takhta liga sambil dieekori KLHC dan TNB dengan perbezaan satu dan dua mata.

No automatic alt text available.
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Baca juga: THT Rampas Takhta Liga, UniKL benam Thunderbolt, KLHC Tundukkan Maybank

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments