Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAK3 Perkara Nelo Vingada Harus Tekankan Malam Ini

3 Perkara Nelo Vingada Harus Tekankan Malam Ini

Selepas kekalahan 4-1 kepada Korea Utara dalam pertemuan lepas, Nelo Vingada nampak nya semakin terdesak untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan ini.

Menjelang pertemuan kedua malam ini menentang Korea Utara untuk kelayakan Piala Asia 2019 beliau perlu lakukan beberapa perubahan penting untuk pasukan. Ini ditambah lagi dengan 3 tonggak utama yang tercedera.

Kredit : Mstar

Kredit : ESPN

Fazly Mazlan, S.Kunalan dan Syamer Kutty telah mendapat kecederaan semasa perlawanan pertama kelmarin. Mereka hampir pasti tidak dapat di turunkan untuk perlawanan malam ini.

Jadi berdasarkan penilaian kami yang amatur ini pada perlawanan lepas kami yakin 3 perkara ini sangat penting untuk Nelo Vingada tekankan dalam perlawanan malam ini.

Bermain Dengan Formasi Bertahan 5-4-1

Mendapatkan keputusan seri jauh lebih baik rasa nya bagi kami berbanding menerima kekalahan lagi.Harus di ingat perlawanan ini juga penting untuk pasukan JDT untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Asia 2019 nanti.

Jika Harimau Malaya mendapat keputusan seri, JDT hampir pasti melayakkan diri secara automatik ke Liga Juara-Juara Asia dan membawa nama Malaysia itu sendiri.

Dengan kualiti pasukan lawan seperti Korea Utara yang boleh dikatakan lebih tinggi kami sarankan kepada Nelo Vingada untuk cuba bermain secara bertahan ini.

Dengan 3 orang pertahanan tengah kami yakin mereka akan mampu merantai pergerakan pemain serangan pasukan lawan. 4 pemain di tengah pula harus lebih berdisiplin ketika bertahan supaya boleh mematahkan serangan dari pihak lawan seawal mungkin.

Beri Adam Nor Azlin dan Amirul Azhan Peluang

Kredit : Fourfourtwo

Adam Nor Azlin telah membuktikan keupayaan beliau ketika bersama pasukan Harimau Muda di Sukan Sea KL2017 yang lepas.

Beliau mampu beraksi dengan baik dan tenang tatkala rakan sepasukan yang lain seperti hilang fokus dan tumpuan pada perlawanan.

Keupayaan beliau untuk membaca gerakan serangan pihak lawan dan mampu menjana serangan dari bawah menjadi aset penting untuk pemain ini.

Dengan ketiadaan S.Kunalan kami rasa kan Amirul Azhan layak untuk diberikan tugasan ini. Bersama pasukan Perak, beliau telah berjaya mengenepikan saingan dari Jaszarin Jamaluddin yang dibawa dari pasukan JDT untuk posisi ini.

Berdasarkan rekod kebanyakan gol yang berjaya menembusi pasukan Perak bukan lah dari posisi beliau berada. Kami yakin dengan semangat yang ada pada beliau dan kemahiran yang ada beliau mampu menjalankan tugas dengan baik malam ini jika diberikan peluang.

Meniup Motivasi Keyakinan Kepada Setiap Pemain

Selepas kekalahan lepas, Presiden FAM telah mengeluarkan kenyataan yang FAM akan mengadakan mesyuarat tergempar sejurus pasukan Malaysia sampai di Kuala Lumpur nanti.

Desas-desus kuat mengatakan perlawanan ini merupakan peluang hidup mati Nelo Vingada bersama pasukan negara. Beliau harus mencatatkan keputusan yang positif pada perlawanan ini jika beliau mahu terus berada di tempat nya sekarang.

Nelo Vingada Malaysia

Oleh itu beliau haruslah meniupkan api semangat dan motivasi yang tinggi kepada para pemain supaya mereka boleh mencapai keputusan yang di inginkan. Kami masih yakin dengan kualiti pemain yang di pilih kali ini.

Inilah barisan terbaik yang kita ada buat masa ini. Dan tugas Nelo Vingada pula mendapatkan yang terbaik dari setiap pemain.

Kesimpulan

Untuk perlawanan malam ini buatlah apa sekali pun, kami peminat dan pencinta bola sepak tanah air ingin Nelo Vingada dan anak buah nya mendapatkan keputusan yang lebih baik. Selain dari bermain bola sepak cantik, keputusan juga amat penting untuk memperbaiki ranking pasukan negara yang ketika ini berada jauh di bawah.

Jom saksikan video sorotan perlawanan yang lepas :

Baca Juga : Vingada Kehilangan 3 Tonggak Utama

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments