Friday, June 21, 2024
HomeUncategorizedPreviu Piala AFC: Tampines Rovers vs JDT

Previu Piala AFC: Tampines Rovers vs JDT

Perlawanan ketiga Piala AFC Kumpulan H bakal mempertemukan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan wakil dari Singapura, Tampines Rovers. JDT mencari kemenangan kedua mereka setelah tewas 0-2 kepada Song Lam Nghe An pada 28 Febuari lalu.

Manakala Tampines Rovers pula mencari mata pertama buat pasukan mereka setelah tewas dalam dua perlawanan awal kepada Som Lam Nghe An dan Persija Jakarta. Pastinya Tampines Rovers ingin bangkit dari kekalahan lalu untuk menghasilkan skurang-kurangnya satu mata.

Taktikal JDT

Selepas perletakan jawatan Ulisess Morais, pengendali sementara JDT Raul Longhi mengambil alih tugas yang ditinggalkan Morais itu. Ini merupakan perlawanan ketiga buat Raul Longi selepas kekalahan kepada Song Lam Nghe An dan dipaksa bermain sehingga masa tambahan ketika menentang Sabah dalam pertembengun pusingan kedua Piala FA.

Dalam dua perlawanan tersebut, Raul Longhi dilihat meneruskan formasi yang diterapkan Ulisess Morais dengan formasi 4-3-3. Seperti perlawanan ketika menentang Song Lam Nghe An, ketiadaan Jorge Pereyra Diaz yang meninggalkan pasukan itu memberi masalah kepada barisan serangan. Tambahan pula Gonzalo Cabrerra dilihat tidak sempat didaftarkan untuk saingan Piala AFC.

Kekosongan dibahagian sayap tersebut besar kemungkinan di isi oleh Safawi Rasid dan Hazwan Bakri untuk digandingkan bersama ‘targetman’  mereka Luciano Figueroa. Selain daripada itu JDT juga mempunyai pilihan untuk meletakkan Syafiq Ahmad yang menjadi pemain gantian selepas Hazwan Bakri dikeluarkan dalam perlawanan menentang Song Lam Nghe An. Darren Lok yang masih belum mendapatkan minit permainan bersama JDT musim ini juga boleh menjadi salah satu pilihan.

Walaubagaimanapun JDT dijangkakan menurunkan kesebelasan yang sama ketika menentang Song Lam Nghe An. Berikut adalah barisan kemungkinan JDT untuk perlawanan malam ini.

JDT Line up vs Tampines Rovers

Masalah besar yang dipunyai JDT berdasarkan perlawanan-perlawanan lalu adalah ketajaman dibahagian serangan. Barisan tengah mereka dilihat mampu menjana gerakan yang baik dalam melakukan serangan. Walaubagaimanapun ketumpulan dibahagian serangan jelas agak mengecewakan.

16 percubaan namun hanya 4 yang menemui sasaran ketikan menentang Song Lam Nghe An jelas menunjukkan ketumpulan serangan. Aspek ini perlu diperbaiki untuk JDT memperlihatkan permainan yang lebih menarik.

Taktikal Tampines Rovers

Tampines Rovers layak ke saingan Piala AFC selaku juara naib juara Liga Singapura. Pada musim lalu mereka sekadar menamatkan saingan Piala AFC diperingkat kumpulan. Tampines Rovers perlu mencari kemenangan untuk menghidupkan peluang bersaing merebut tempat dalam pusingan seterusnya.

Dua kekalahan kepada Song Lam Nghe An (0-3) dan Persija Jakarta (1-4) jelas menunjukkan kelemahan dibahagian pertahanan mereka. Bolos 7 gol dalam 2 perlawanan, mereka perlu memperbaiki aspek pertahanan sebelum bertemu JDT.

Hasil carian imej untuk tampines rovers vs Song Lam

Dalam dua perlawanan AFC sebelum ini, Tampines Rovers menggunakan dua formasi yang berbeza. Pengendali daripada Jerman, Jurgen Raab ini mengatur formasi 5-4-1 ketika menentang Song Lam Nghe An manakala 3-4-3 ketika menentang Persija Jakarta. Jelas mereka ingin bertahan ketika menentang Song Lam Nghe An dan ingin mencari kemenangan ketika menentang Persija Jakarta.

Untuk perlawanan malam ini, penulis menjangkakan Tampines Rovers akan bermula dengan formasi 3-4-3 pada permulaan dalam usaha mereka mencari gol awal bagi mencatatkan kemenangan. Walaubagaimanapun ianya mungkin berubah kepada 5-4-1 dalam situsasi bertahan.

Gandingan dua pemain kebangsaan Singapura, Fazrul Nawwaz dan Khairul Amri dijangka bakal penjadi penggempur utama sambil dibantu pemain import, Ryutaro Megumi. Barisan tengah akan dikendali Yasir Hanapi dan Amirul Adli dalam menjana gerakan.

Berikut adalah barisan kemungkinan Tampines Rovers:

Tampines Rovers Line up vs JDT

Kesimpulan

Perlawanan pada petang ini mungkin akan menjadi perlawanan yang berat sebelah sekiranya Tampines Rovers gagal memperkuatkan bahagian pertahanan mereka. Kedua-dua pasukan perlu mencatatkan kemenangan. JDT perlukan kemenangan untuk memperkuatkan kedudukan manakala Tampines Rovers perlu menghidupkan peluang untuk terus bersaing dalam peringkat kumpulan.

Baca juga: JDT Gagal Tundukkan Song Lam Nghe An

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments