Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKMargaro Gomis Dan Velizar Popov Merpati Dua Sejoli Di Kelantan

Margaro Gomis Dan Velizar Popov Merpati Dua Sejoli Di Kelantan

Kenapa Morgaro Gomis begitu seronok ditonton pada era Velizar Popov?

Asas sistem Velizar Popov adalah 4-3-3. Kekuatan sistem ini sangat bergantung kepada pemain tengah bertahan.

Sistem ini lemah jika pasukan tidak mempuyai pemain tengah bertahan yang cukup baik. Gomis mempuyai segala ciri-ciri yang diperlukan oleh sistem 4-3-3.

‘Positioning’ Gomis sangat baik, ada kemampuan baik untuk mematahkan serangan dari pihak lawan dengan cara yang betul. Teknik beliau merampas bola, ‘shielding’ bola dan sentiasa menunggu bola ‘tercicir’ apabila rakan sepasukan menekan pihak lawan juga baik.

Sentiasa menawarkan sokongan di hadapan garisan pertahanan dan menyokong dibelakang 2 pemain tengah.4 ciri-ciri ini agak sukar ditemui dalam 1 pemain.

Gomis juga ada kemampuan untuk membaca fasa permainan efektif. Kesedaran yang amat baik dalam memilih hantaran yang perlu dilakukan.

Beliau menjadi tulang, gandar dan penentu aliran bola. Kemampuannya mengekalkan, menguruskan dan mengimbangi ‘shape’ dan ‘depth’ pasukan juga berada di tahap yang mengagumkan.

Apabila Qayyum dan Faris naik membantu serangan, Gomis sentiasa berada dalam posisi yang betul iaitu diantara 2 pertahanan tengah. Apabila Brendan Gan dan Indra/Badhri perlukan sokongan, Gomis sentiasa ada di belakang mereka.

Apabila pihak lawan mahu menembusi pertahanan Kelantan pada ketika itu, Gomis sentiasa menjadi pertahanan sebelum pertahanan.

Kunci kejayaan sistem 4-3-3 adalah peralihan penguasaan bola dari pihak lawan dirampas. Popov mengunakan kemampuan Wan Zahrulnizam dan Wan Zack/Wander Luiz untuk memberi tekanan pada garisan tinggi.

Pada kebiasaannya dalam situasi ini pihak lawan terperangkap dengan mengalirkan bola secara ‘direct’ ke atas lebih-lebih lagi jika lawan menggunakan sistem 4-4-2 kerana ruang dihadapan pemain sayap lawan agak besar. Disinilah Gomis berfungsi dengan baik. Apabila bola dialirkan secara ‘direct’ peluang untuk merampas kembali bola itu agak tinggi.

Setiap kejayaan merampas kembali bola melalui Gomis, itulah adalah salah satu objektif dalam sistem 4-3-3. Dengan kemampuan Wan Zahrul dan Wan Zack/ Wander Luiz melakukan pecutan sebagai penyerang sisi/sayap, ia melancarkan sistem 4-3-3 itu sendiri.

Dalam sistem ini apabila bola sudah dirampas, 2 posisi itu perlu mencipta ‘width’ atau ‘depth’ dengan kekuatan pecutan. Blazhe Illijoski mungkin tiada isu kerana penyerang tengah tidak spesifik peranannya seperti sayap menyerang.

Penyerang tengah dalam sistem ini digarap mengikut kemahiran, kemampuan penyerang tengah itu sendiri. Kadang-kadang mengikut kelemahan pertahanan lawan. Sedangkan penyerang sisi perlu mempunyai kemahiran ‘run with the ball’, ‘dribble’ dan mampu bermain secara fizikal.

Adakah penyokong Kelantan memahami ketika Popov melangkah keluar pada penghujung 2016, beliau pernah berkongsi tentang taktikalnya dalam satu platform alam maya.

‘saya merangka sistem bergantung kepada kemampuan pemain, tidak semua pemain sesuai dengan 1 sistem. Jadi saya perlu lebih dari 1 sistem. Kebanyakannya saya bermula dengan 4-3-3, ada masanya saya menggunakan 4-4-2, ada masanya saya menukar menjadi 3-4-3. Jarang untuk saya gunakan 1 sistem dalam tempoh 90 minit permainan’

Kesimpulan yang mungkin boleh dipelajari, kita faham kenapa Gomis agak sederhana pada musim 2017, kenapa Badhri dan Indra sederhana pada era Popov tetapi agak baik pada musim 2017. Kenapa Wan Zack mampu menjadi penjaring terbanyak pemain tempatan dalam skuad Kelantan pada musim 2016. Kenapa Wander Luiz dengan hanya 6 bulan mampu muncul assist terbanyak pasukan. Dan kenapa Badhri muncul assist terbanyak pasukan pada musim 2017 walaupun lebih kerap bermain pada musim 2016.

Adakah ini kerana kesesuaian pemain dengan sistem pasukan yang diterapkan oleh ketua jurulatih? Cerita Gomis tadi itulah jawapannya.

Jom kita tengok video permainan Kelantan di bawah kendalian Popov :

Kredit artikel : Zuraimi Zukri

Baca Juga : Kelantan TRW Mengumumkan Senarai Pemain 2018

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments