Monday, May 20, 2024
HomeLAIN-LAINFUTSALCabaran Menarik Menanti Menjelang Undian Kejohananan Futsal AFC 2018

Cabaran Menarik Menanti Menjelang Undian Kejohananan Futsal AFC 2018

Juara 11 kali Kejohanan Futsal AFC, Iran akan sekali lagi mempertahankan kejuaraan mereka setelah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan B ketika pusingan kelayakan Zon Selatan dan tengah. Mereka menempah tempat ke pusingan akhir bersama Tajikistan apabila mereka tampil selaku naib juara kumpulan untuk mengesahkan penyertaan kali ke-9.

Sama seperti Iran, Uzbekistan juga melalui pusingan kelayakan tanpa sebaang kekalahan. Mereka berjaya menjaringkan 22 gol dan bolos hanya 6 gol untuk mengungguli Kumpulan A manakala Kyrgyztan mara setelah mendapat tempat kedua.

IRAN FUTSAL

Dalam Zon ASEAN pula, Vietnam dan Thailand mengungguli kumpulan masing-masing manakala Malaysia dan Myanmar berkedudukan tempat kedua yang melayakkan mereka ke Kejohanan Futsal AFC 2018.

Selaku juara tiga kali Kejohanan Futsal AFC, Jepun juga merupakan salah satu pasukan pilihan. Mereka layak dengan mudah dalam pusingan kelayakan Zon Timur. Menjaringkan 24 gol dalam pusingan tersebut dan hanya dibolosi sebanyak dua kali menjadikan Jepun pendahulu Kumpulan A.

Korea Selatan pula akan membuat penampilan semula tahun hadapan setelah gagal layak pada edisi 2016. Korea Selatan berjaya mengetepikan cabaran China untuk mengungguli Kumpulan B Zon Timur.

Walaubagaimanapun China berjaya menewaskan Chinese Taipei melalui sepakan penalti dalam pusingan ‘play-off’ Zon Timur untuk memastikan tempat mereka di Kejohanan Futsal AFC ini. Walaupun tewas di pusingan ‘play-off’ Chinese Taipei telahpun layak selaku tuan rumah kejohanan.

CHINESE TAIPEI FUTSAL

Zon Barat pula menyaksikan saingan sengit di peringkat kelayakan. Pasuakn-pasukan yang berjaya melepasi pusingan kelayakan adalah Bahrain, Iraq, Lebanon dan Jordan. Mereka terpaksa menunggu sehingga perlawanan  terakhir untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan akhir nanti.
Proses Undian

16 pasukan akan diundi dan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdapat empat pasukan didalamnya. Mereka dibahagikan kepada 4 balang seperti dibawah.

Balang 1 Balang 2 Balang 3 Balang 4
Chinese Taipei (hosts) Vietnam China Malaysia
Islamic Republic of Iran Kyrgyz Republic Lebanon Bahrain
Uzbekistan Japan Tajikistan Korea Republic
Thailand Iraq Jordan Myanmar
Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.
Kejohanan Futsal AFC 2018 ini dijadualkan bermula 1 Febuari 2018 dan akan berakhir pada 11 Febuari.
RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments