Giliran Regu Lelaki Juara Piala Raja Thai 2017

1
1024
Takraw MAS regu lelaki 2

Pasukan sepak takraw lelaki negara meneruskan kecemerlangan dalam kempen Piala Raja Thai 2017 apabila memenangi acara antara regu lelaki semalam. Sebelum itu, pada hari rabu yang lalu skuad quadrant mengesahkan kejuaraan dalam acara quadrant lelaki selepas menewaskan Singapura.

Semalam regu negara berhadapan cabaran Indonesia dalam perlawanan akhir. Regu negara diwakili oleh Mohammad Syahir Mohd Rosdi selaku tekong utama dan digandingkan besama Farhan Adam selaku feeder dan Muhammad Norhafizi Abd Razak selaku perejam. Manakala Muhammad Zulkifli Abd Razak dan Hanafiah Dollah dimasukkan selaku pemain simpanan.

Takraw MAS regu lelaki 1

Gandingan regu negara ternyata tidak mempunyai masalah untuk mengetepikan cabaran regu Indonesia apabila menang dalam permainan dua set dengan mata 21-16 dan 21-11. Kemenangan tersebut sekaligus menobatkana regu Malaysia selaku juara antara regu Piala Raja Thai 2017.

Terdahulu semalam, regu negara berhadapan Korea Selatan di peringkat separuh akhir. Walaupun regu Korea Selatan memberi tentangan sengit, mereka terpaksa akur dengan kekuatan regu Malaysia yang memenangi perlawanan dengan mata 22-20 dan 21-17. Kemenangan itu melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir untuk berdepan Indonesia sebelum dinobatkan selaku juara.

Walaubagaimanapun acara antara regu bukanlah cabaran sebenar skuad negara kerana pasukan tuan rumah, Thailand tidak menghantar pasukan dalam acara ini. Cabaran sebenar bakal menanti dalam acara berpasukan dengan kehadiran Thailand selaku juara dunia.

Double Lelaki

Cabaran skuad double lelaki terhenti di peringkat suku akhir. Gandingan Muhammad Suhairi Sulaiman dan Muhammad Kamal Ishak gagal mencatatkan kemenagan kerika berdepan cabaran Myanmar.

Gandingan pemain negara akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan dua set. Walaupun memberi cabaran pada set pertama, wakil negara terpakssa akur dengan kekalahan 19-21 sebelum tewas 17-21 pada set kedua sekaligus menamatkan cabaran skuad negara.

Berpasukan Lelaki

Selepas mencatat kemenagan dalam acara antara regu, pasukan lelaki negara memulakan cabaran dalam acara berpasukan apabila berdepan cabaran Laos pada perlawanan pertama. Acara berpasukan memerlukan kemenangan dua daripada tiga regu yang bertanding.

Regu pertama negara diwakili Muhammad Zulkifli Abd Razak (tekong), Muhammad Afifuddin Mohd Razali  (killer) dan Muhammad Azwan Muhrim (feeder) tidak mengalami masalah menundukkan regu Laos dalam 2 set dengan mata 21-8 dan 21-12.

Takraw MAS team lelaki 1

Muhammad Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (feeder) dan Muhammad Norhafizi Abd Razak membawa cabaran regu kedua. Cabaran sengir diberikan regu kedua Laos ini apabila mereka mampu menewaskan regu negara pada set pertama 21-19. Namun regu negara bangkir pada set kedua untuk menang 21-13 dan mengheret cabaran ke set ketiga sebelum menang 21-14.

Nasib yang sama di terima regu ketiga negara yang diwakili Said Ezwan Said De (tekong), Muhammad Kamal Ishak (killer) dan Mohd Syazreenqamar Salehan (feeder) apabila tewas pada set pertama 24-25. Walaubagaimanapun kebangkitan berjaya ditunjukkan regu ketiga negara ini apabila menang 21-10 dan 21-14 pada set kedua dan ketiga sekaligus memberi kemenangan 3-0 pasukan negara ke atas Laos.

Skuad berpasukan negara bakal bertemu China dalam perlawanan kedua hari ini.

Baca juga: Malaysia Juara Quadrant Lelaki Piala Raja Thai 2017