Sunday, July 14, 2024
HomeHOKIPiala Sultan Azlan Shah Medan Ujian "The Speedy Tigers"

Piala Sultan Azlan Shah Medan Ujian “The Speedy Tigers”

Piala Sultan Azlan Shah bakal berlangsung pada 2-11 Mac 2018 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak sebagai salah satu medan ujian buat skuad hoki negara bagi menghadapi Piala Dunia 2018.

Semalam Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengesahkan lima lagi pasukan gergasi dunia  bakal menyertai kejohanan tersebut bagi melengkapkan enam pasukan bertanding. Lima negara tersebut adalah Australia, Argentina, India, England dan Ireland.

Berdasarkan ranking Persekutuan Hoki Dunia (FIH) ranking kesemua lima negara tersebut berada di atas Malaysia yang berada di ranking ke-12. Australia merupakan pasukan nombor satu dunia di ikuti Argentina yang berada di ranking kedua. India yang merupakan pasukan nombor satu Asia berada di ranking keenam dunia manakala England di ranking ketujuh dan Ireland di ranking kesepuluh dunia.

Hoki Malaysia 1

Senarai pasukan tersebut pastinya memberikan saingan yang hebat buat ” The Speedy Tigers”. Ianya pasti menjadi medan skuad negara membuktikan kemampuan dalam memberi tentangan kepada pasukan-pasukan terbaik dunia selain ingin menamatkan di kedudukan terbaik.

Menurut Pengarah Teknikal KHM, Terry Walsh kita juga dapat melihat Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018, menampilkan empat negara bukan Asia mengambil bahagian dan KHM melihat ia sebagai satu persediaan yang baik buat skuad negara menuju ke Sukan Komanwel kerana pemain bakal berdepan dengan aksi yang lebih kompetitif dan perlu untuk mereka meningkatkan mutu permainan pada tahap yang lebih tinggi dan bukan setakat di Asia sahaja.

Terry Walsh Hoki

Selain Piala Dunia dan Sukan Komanwel, Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah kali ini juga akan dapat membantu persediaan bagi menghadapi Sukan Asia Indonesia pada Ogos 2018 supaya skuad negara dapat beraksi dalam tahap yang lebih baik. Malaysia mensasarkan pingat emas pada Sukan Asia tersebut bagi skuad hoki negara mendapatkan slot automatik untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

2018 pastinya menjadi tahun paling sibuk buat skuad hoki negara dengan adanya pelbagai temasya sukan dan kejohanan. Dalam pada itu, KHM turut melihat dengan beberapa kejohanan yang dijadualkan bakal berakhir dalam tempoh empat bulan pertama pada tahun 2018 seperti TNB Liga Hoki Malaysia, Piala Sultan Azlan Shah dan Sukan Komanwel Gold Coast Australia. Ianya pasti memberi lebih persediaan bagi menghadapi kejohanan lain pada separuh kedua tahun 2018 agar skuad negara lebih berdaya saing.

Baca juga: Terengganu HT Ikat 4 Pemain Argentina Termasuk Peillat

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments