Piala Sultan Azlan Shah 2018 : Pakistan Sahkan Penyertaan Saat Akhir

1
635
hoki pakistan

Penganjur Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018, Persatuan Hoki Perak mengesahkan penyertaan saat akhir pasukan Pakistan bagi melengkapkan senarai tujuh pasukan yang bakal bertanding dalam kejohanan tersebut.

Sebelum ini 6 pasukan telah pun mengesahkan penyertaan lebih awal. Enam pasukan tersebut adalah Australia, Argentina, India, England, Ireland dan skuad kebangsaan Malaysia selaku tuan rumah. Dengan penyertaan saat akhr Pakistan, ini bermakna tujuh pasukan melengkapkan cabaran.

Pakistan yang menduduki ranking kedudukan ke-13 dunia satu tangga di bawah ranking Malaysia yang menduduki tangga ke-12. Berbanding enam pasukan lain yang menduduki ranking lebih baik dari Malaysia,  ianya sedikit sebanyak menambah keyakinan buat pengendali skuad negara, Stephan Van Huizen untuk menamatkan kejohanan pada kedudukan yang lebih baik.

hoki pakistan vs Malaysia

Menurut Van Huizen, misi utama skuad negara dalam kejohanan ini adalah untuk membuat kejutan ke atas pasukan-pasukan yang berada pada ranking yang lebih tinggi. Van Huizen juga telah menetapkan sasaran buat skuad negara.

Selain daripada itu Van Huizen juga memandang kejohanan ini sebagai satu platform yang baik apabila berpeluang berdepan lawan yang lebih berkualiti. Menurut rekod ranking FIH
Australia merupakan pasukan nombor satu dunia di ikuti Argentina yang berada di ranking kedua. India yang merupakan pasukan nombor satu Asia berada di ranking keenam dunia manakala England di ranking ketujuh dan Ireland di ranking kesepuluh dunia.

Piala Sultan Azlan Shah ini bakal jadi pembukaan buat skuad hoki negara apabila ianya bakal berlangsung pada 2-11 Mac 2018. Ianya juga dilihat sebagai platform terbaik bagi menghadapi Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Piala Dunia yang bakal berlangsung pada tahun yang sama.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ini adalah apabila bergelar naib juara sebanyak lima kali. Pada edisi tahun lalu, skuad negara sekadar berkedudukan tempat kelima.

Baca juga: Piala Sultan Azlan Shah Medan Ujian “The Speedy Tigers”