Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKItaly Gagal ke Piala Dunia Pertama Kali Dalam Tempoh 60 Tahun

Italy Gagal ke Piala Dunia Pertama Kali Dalam Tempoh 60 Tahun

Juara Piala Dunia 1934, 1938, 1982 dan 2006 gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 buat pertama kalinya dalam tempoh 60 tahun. Kegagalan ini secara keseluruhannya adalah kali kedua buat Italy dang kali terakhir tidak layak ke Piala Dunia pada edisi 1958 yang menyaksikan Sweden menjadi tuan rumah.

Ironinya Italy tidak layak ke Piala Dunia kali ini akibat tewas di pusingan ‘play-off’ di tangan Sweden setelah sekadar mencatat keputusan seri 0-0 awal pagi tadi di San Siro.

Italy Frustration

Pada pusingan pertama, Sweden mencatat kemenangan 1-0 di Stockholm pada 10 November lalu. Gol Jakob Johhanson menjadi pemisah yang menyebabkan Italy gagal ke Piala Dunia selepas tewas dengan aggregat 0-1.

Agak malang buat Italy kerana di undi satu kumpalan dengan Sepanyol dalam kelayakan utama zon Eropah. Italy terpaksa mengaharungi pusingan ‘play off’ setelah hanya menduduki tangga kedua dalam Kumpulan G di belakang Sepanyol. Italy mencatat 23 mata daripada 10 perlawanan kelayakan utama Zon Eropah dan menjadi pasukan kedua terbaik naib juara kumpulan daripada 9 kumpulan.

Pengendali pasukan Italy, Giampeiro Ventura seharusnya mengambil tanggungjawab penuh dia atas kegagalan Italy ini. Beliau yang mengakui kesilapan terbesarnya adalah ketika Italy berdepan Sweden di Stockholm. Italy berjaya mengekang Sweden daripada menjaringkan gol sehinggalah gol ‘defelection’ yang menghancurkan harapan Italy.

Ventura

Menurut Ventura beliau memohon maaf atas keputusan ini namun bukan atas segala kerja keras yang telah dilakukan. Walaubagaimanapun beliau menyedari yang sebanyak mana pun usaha yang dilakukan, keputusan akhir adalah yang paling penting.

Di sebaik kegagalan Italy melayakkan diri ke Piala Dunia 2018, 4 pemain senior mengumumkan persaraan mereka dari arena antarabangsa. Paling terkesan ialah penjaga gol Italy yang boleh dianggap lagenda  setelah 20 tahun berkhidmat untuk pasukan kebangsaan Italy.

Gianluigi Buffon telah pun bermain dalam 5 siri Piala Dunia semenjak 1998, 2002, 2006, 2010 dan 2014. Beliau memperolehi 175 cap bersama pasukan Italy. Beliau yang bersama Italy menjulang Piala Dunia 2006 akhirnya terpaksa mengumumkan persaraan daripada arena antarabangsa pada usia 39 tahun.

Italy retired

Selain Buffon,3 lagi pemain yang mengumumkan persaraan ialah Danielle De Rossi,  Giorgio Chillini dan Andrea Barzagli. 3 pemain ini juga bersama Italy menjulang Piala Dunia 2006. De Rossi mencatat 117 caps bersama Italy manakala Chillini mencatat 96 caps dan Barzagli 73 caps.

Kegagalan Italy ini merupakan kegagalan terbesar sejak 60 tahun lalu. Tiada lagi slogan ‘Forza Italia’ dan ‘Forza Azzuri’ akan kelihatan pada Piala Dunia 2018.

Akhir kata dari penulis ‘Arrivederci Azzuri’ yang bermaksud Selamat Tinggal Pasukan Biru.

 

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments