Previu Liga Super 2018 : Adakah Anda Sudah Bersedia?

3
1152
Piala Liga Super

 

Kuala Lumpur

Pendatang baharu Liga Super ini antara yang paling serius melakukan persiapan dengan menandatangani beberapa pemain bertaraf bintang. Juara Liga Premier 2017 ini dilihat bukan sekadar ingin melengkapkan 12 pasukan Liga Super malah dilihat mampu bersaing.

Kehadiran pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahyuddin dan Zaquan Adha Abd Razak dilihat mampu memberi kekuatan kepada Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun percubaan mereka membawa masuk Brendan Gan dan pemain pertahanan berpengalaman dari Singapura, Baihakki Khaizan sedikit mengecewakan pengendali mereka, Fabio Maciel.

Hasil carian imej untuk guilherme de paula kuala lumpur
Kredit imej: Malay Mail Online

Kuala Lumpur juga dilihat mengekalkan penjaring terbanyak Liga Premier musim lalu Guilherme De Paula. Walaupun Kuala Lumpur baru dalam saingan Liga Super 2018 ini, Guilherme De Paula telah mempunyai pengalaman kerana pernah bermain bersama Selangor ketika musim 2015.

Selain itu Kuala Lumpur juga dilihat membawa pemain-pemain muda yang mempunyai bakat besar seperti Irfan Zakaria, Zhafri Yahya dan Asri Chuchu. Terbaru Kuala Lumpur dikhabarkan mengikat pemain JDT II, Syazwan Andik yang cemerlang membantu Harimau Muda dalam Kejohanan AFC Bawah 23.

Terengganu

Kejayaan Terengganu layak kesaingan Liga Super musim ini selaku naib juara Liga Premier 2017 menjadi titik tolak perubahan yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) apabila mereka melakukan penstrukturan semula pasukan yang melibatkan T-Team.

T-Team dijenamakan semula sebagai Terengganu II dan diiktiraf sebagai pasukan “Feeder” kepada Terengganu I. Ini menyaksikan Terengganu II terpaksa turun ke saingan Liga Premier musim ini.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Terengganu Football Club

Terengganu dilihat antara pasukan yang paling sibuk membuat persiapan apabila membawa masuk beberapa pemain sebaik tamat liga musim lalu. Antara yang dibawa masuk Terengganu adalah Fitri, Wan Azraih Wan Teh and Ashari Samsudin. Selain itu Terengganu mengekalkan penyerang import mereka Kipre Tcheche selaku penyerang utama.

Segala pengalaman yang diperolehi Irfan Bakti dalam saingan Liga Super ketika bersama Felda United seharusnya menjadi bekalan buat pasukan Terengganu.

Negeri Sembilan

Walaupun layak sebagai pasukan gantian setelah Felda United gagal mendapat lesen untuk saingan Liga Super dan disingkirkan ke Liga Premier, Negeri Sembilan dilihat tidak mahu mempersia-siakan peluang yang mereka terima.

Image may contain: 11 people, people smiling, grass, outdoor and nature
Kredit imej: Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan

Kehilangan Bruno Suzuki yang merupakan penggemur utama musim lalu, mereka dihat membawa masuk Nicolas Velez dari Suphanburi FC untuk mengisi kekosongan itu. Selain itu pemain Singapura Madhu Mohana yang menyertai pra-musim bersama Negeri Sembilan terpaksa digugurkan disaat akhir berikutan kecederaan. Tempat beliau digantikan pemain kebangsaan Kemboja Prak Mony Udom.

Negeri Sembilan dilihat tidak mempunyai ramai bakat tempatan dan kemungkinan mereka lebih bergantung kepada persembahan pemain import mereka. Walau apapun jurulatih Negeri Sembilan, Jorg Steinebrunner pasti mempunyai formula terbaik untuk memberi saingan.

PKNP

PKNP merupakan pasukan yang menerima manfaat berikutan penstrukturan semula pasukan Terengganu. Mereka mendapat tempat dalam saingan Liga Super bagi menggantikan T-Team (Terengganu II) yang terpaksu turun ke Liga Perdana atas peraturan “feeder club”.

Mereka sedikit lega apabila, panjaring terbanyak tempatan dalam Liga Premier, Shahrel Fikri melakukan “u-turn” selepas dikaitkan untuk berhijrah ke JDT II. Shahril Fikri pastinya bakal menjadi penyerang utama PKNP.

Hasil carian imej untuk shahrel fikri
Kedit imej: Footbal Tribe

Kehadiran pemain Korea Selatan, Yeon Gi-sung dari Phnom Penh FC dilihat bakal digandingkan bersama Shahrel Fikri sebagai penggempur utama.

Jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim dilihat mempunyai ramuan istimewa untuk memberi lebih saingan. Pada musim lalu, Abu Bakar berjaya membawa PKNP mara keperingkat suku akhir Piala Malaysia dan Piala FA. Pengalaman dalam dua saingan tersebut ketika berdepan pasukan Liga Super musim  lalu pasti menjadi rujukan terbaik buat PKNP.

 

Mukasurat :      1      2      3     4