Friday, June 21, 2024
HomeHOKI24 Pemain Import Mewarnai TNB Liga Hoki Malaysia 2018

24 Pemain Import Mewarnai TNB Liga Hoki Malaysia 2018

Piala Tan Sri P. Alagendra telah berakhir pada ahad yang lalu dengan kita sama menyaksikan Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) melakar sejarah menjuarai buat julung kalinya. KiIni semua peminat hoki tanah air terarah kepada TNB Liga Hoki Malaysia 2018 yang akan membuka tirai pada 12 Januari 2018 hingga 10 Februari 2018.

Membuat lagi tertarik apabila seramai 24 pemain import yang akan bersama-sama kita bagi memeriahkan lagi TNB Liga Hoki Malaysia 2018. Antara pasukan yang memiliki pemain import ialah Terengganu Hockey Team (THT), KLHC, UniKL dan Maybank.Rata-rata pemain import berasal dari Argentina, Korea Selatan, Australia, Pakistan, German, England serta Ireland.

Bagi Pasukan Terengganu Hockey Team sememangnya tidak asing lagi dengan kehebatan mereka. Musim kali ini mereka tidak menoleh kebelakang dan terus ingin memburu gelaran THT memperkuatkan lagi barisan pemain mereka dengan mengimport 4 pemain dari Argentina 1 pemain German dan 1 pemain dari Pakistan.

Gonzalo Peillat MOM

Salah satu dari 4 pemain Argentina itu ada Gonzalo Peillat. Gonzalo Peillat sememangnya sangat dikenali oleh peminat-peminat hoki dunia. Kredibiliti beliau dan juga rekod yang dipegang oleh Peillat menjadi bualan peminat tempatan dimana beliau merupakan pemain yang membantu Argentina untuk memenangi pingat emas dua edisi Sukan Olimpik pada tahun 2012 dan 2016 selain merupakan penjaring terbanyak bagi Piala Dunia 2014 di Hague dan Sukan Olimpik Rio 2016.

KLHC juga masih meneruskan misi mencipta sejarah demi sejarah, kali KLCH memperkuatkan barisan pemain mereka dengan 2 pemain import dari Korea Selatan iaitu Jang Jonghyun yang merupakan bekas pemain dari THT serta bersama rakan senegaranya Lee Nam Yong. Kemenangan yang mereka perolehi tempoh hari penulis yakin mereka akan menjadi pencabar terkuat untuk menjuarai TNB Liga Hoki Malaysia 2018.

KLHC Import Korea

Penjaga gol dari Ireland, David John Harte akan bersama dengan pasukan UniKL. John Harte yang merupakan diantara penjaga gol yang berprofile tinggi. Ketangkasan beliau tidak disangkal lagi. Beliau merupakan Penjaga Gol terbaik Dunia pada tahun 2015 dan 2016. Kieran Ian Govers dari Australia juga bersama skuad UniKL. Kieran Ian Govers merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pemegang pingat perak Sukan Olimpik London 2012.

Pasukan Maybank juga tidak ketinggalan bagi memperkasakan pasukan mereka dengan menambah kekuatan pasukan bersama enam pemain import empat daripada mereka merupakan kelahiran Australia, Hayward Leon Kayne, Oscar William Wookey, Joshua Bertherton dan Allan Oscar William selain seorang daripada Argentina, Bertoni Federico dan seorang daripada Pakistan, Muhammad Azfar Yaqoob.

UniKL Import

TNB Liga Hoki Malaysia 2018 kali ini sangat berprestij. Kehadiran pemain import bertaraf bintang akan membuat kan liga ini menjadi tumpuan dunia. Berharap pemain-pemain import ini dapat membantu kualiti dan mutu pemain tempatan amnya dan Liga Hoki Malaysia khususnya serta mampu menarik remai penyokong akan turun ke stadium bagi menonton dan menyokong pasukan kesayangan masing-masing

sumber dari: Malaysian Hockey Team Fan Page

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments