Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKPilihan Kesebelasan Utama Untuk Perlawanan Korea Utara

Pilihan Kesebelasan Utama Untuk Perlawanan Korea Utara

Seperti biasa sempena perlawanan antara Malaysia menentang Korea Utara malam ini kami memberikan pilihan kesebelasan utama kami untuk perlawanan malam ini.

Dengan menggunakan formasi 5-4-1 kami merasakan keputusan seri sudah cukup baik untuk perlawanan malam ini memandangkan kekuatan yang ada pada pasukan lawan.

Penjaga Gol

Izham Tarmizi

Kami memilih beliau kerana pada masa ini beliau berada di kemuncak prestasi. Baru sahaja memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia bersama JDT, kami yakin beliau masih lagi mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi benteng terakhir pasukan negara.

Nama beliau bukan asing untuk pasukan ini kerana sebelum ini telah beberapa kali di panggil dan menyarung jersi kebangsaan ketika perlawanan lain. Refleks yang pantas serta kemampuan nya untuk melakukan kerja serangan dari pintu gol pasti akan menjadi aset terbaik buat pasukan ketika ini

Pertahanan Kanan

Amirul Azhan

Meletakkan Amirul Azhan di posisi ini bukan lah satu perjudian bagi kami. Tetapi beliau sememangnya layak untuk mengisi posisi ini.

Berdasarkan prestasi semasa beliau dengan pasukan Perak, kemampuan beliau tidak boleh disangkal lagi. Berupaya melakukan terjahan yang baik jika diserang dan mampu mematahkan serangan dengan pantas merupakan antara ciri-ciri baik yang ada pada beliau.

Kami yakin jika beliau diberikan peluang pasti beliau tidak akan menghampakan.

Pertahanan Tengah

Fadhli Shas

Nama ini pasti menjadi nama pertama yang akan diletakkan di dalam pasukan buat masa ini. Beliau merupakan pertahanan yang paling konsisten buat masa ini.

Kredit : MSTAR

Pada perlawanan lepas beliau di lantik menjadi ketua pasukan setelah Safiq Rahim di gantung satu perlawanan. Prestasi yang di tunjukkan juga tidak mengecewakan.

Dengan fizikal yang tinggi dan berupaya melakukan cabaran pada bola tinggi merupakan aset terbaik untuk beliau. Pengalaman yang luas serta sudah merasai pelbagai jenis kejuaraan di dalam koleksi membuktikan kehebatan beliau di atas padang

Kiko Insa

Berdasarkan senarai pemain yang dibawa kami tiada pilihan lain selain membariskan Kiko Insa di bahagian pertahanan. Shahrom Kalam sejak kebelakangan ini agak meragukan prestasinya.

Walaupun Kiko Insa merupakan pemain tengah pada asal nya tetapi susuk tubuh yang tinggi dan keras di harapkan mampu menewaskan barisan penyerang lawan.

Kiko juga boleh membantu barisan tengah jika diperlukan untuk beliau naik ke atas membantu serangan kerana sememangnya beliau merupakan pemain tengah pada asalnya.

Adam Nor Azlin

Untuk melengkapkan barisan pertahanan bertiga ini kami memilih Adam untuk beraksi bersama Fadhli dan Kiko.

Sudah tiba masa nya beliau di dedah kan dengan perlawanan antarabangsa peringkat senior. Pengalaman di peringkat bawah umur boleh dikatakan pemain ini sudah cukup matang.

Yang terbaru pada Sukan Sea 2017 yang lepas beliau telah berjaya menunjukkan aksi yang baik sehingga memenangi pingat perak untuk pasukan negara sebelum tewas dengan pasukan Thailand.

Pertahanan Kiri

Nazirul Naim

Disebabkan kecederaan yang melanda Fazly Mazlan tiada pilihan yang lebih baik selain dari Nazirul Naim untuk bermain di posisi ini.

Sebelum kehadiran Fazly Mazlan boleh dikatakan hampir semua perlawanan bersama Nelo Vingada telah memberikan posisi ini secara mutlak kepada Nazirul.

Perlawanan terakhir beliau ketika bertemu Hong Kong yang menyaksikan kita tewas dalam perlawanan tersebut. Diharapkan beliau memberikan persembahan yang terbaik jika di pilih malam ini.

Sayap Kanan

Azrif Nasrulhaq

Kami memilih beliau berbanding pemain lain kerana untuk melindungi Amirul Azhan yang menjadi pilihan untuk pertahanan kanan.

Azrif juga pernah beraksi di posisi ini sebelum ini ketika bersama JDT. Jadi tugas Azrif malam ini adalah untuk membantu Amirul Azhan di sebelah kanan supaya tidak mudah tembus dengan gerakan menyerang dari pihak lawan.

Kami berharap juga Azrif mampu menggunakan larian pantas nya untuk melakukan serangan balas jika pasukan Malaysia berpeluang melakukan sedemikian

Tengah

Safiq Rahim

Hampir pasti pemain ini akan diturunkan pada malam ini. Dengan kembali nya ketua pasukan ke dalam pasukan nanti di harap pemain lebih bersemangat dan dapat mendengar dengan baik arahan dan tiupan semangat dari beliau.

Safiq Rahim Malaysia

Kita memerlukan pemain yang mampu bergerak tanpa henti di bahagian tengah ini supaya mampu menjadi perisai sebelum pihak lawan menyerang masuk ke zon 14 dan menjadi nadi juga ketika pasukan Malaysia cuba menyerang.

Bagi kami buat masa ini beliau merupakan pemain tengah terbaik yang pasukan Malaysia ada di dalam pasukan. Beliau di harapkan lebih berdisiplin dan lebih bersedia dari segi mental untuk menghadapi perlawanan ini.

Azam Azih

Memilih beliau untuk digandingkan bersama dengan Safiq Rahim kerana cara permainan beliau mirip kepada Safiq Rahim.

Football match between Singapore and Malaysia at Shah Alam Stadium during 29th Sea Games Kuala Lumpur 2017 on 16th August 2017.
Photo by Mizie Ahmad / MASOC

Mampu bergerak ke atas dan ke bawah tanpa rasa penat dan jemu. Disebabkan pemilihan formasi 5-4-1 ini kita memerlukan dua enjin di bahagian tengah yang tidak berada statik.

Beliau sangat rajin ketika berada di dalam padang. Mampu melakukan hantaran baik untuk menjana serangan dan juga membaca pergerakan lawan menjadi aset terpenting untuk beliau.

Ketika bersama Pahang beliau telah membuktikan beliau ialah pewaris kepada bahagian tengah pasukan Malaysia.

Sayap Kiri

Wan Zack Haikal

Memilih Wan Zack berbanding pemain lain untuk posisi ini tidak begitu sukar. Bagi kami beliau mempunyai daya serangan yang sangat baik untuk membantu penyerang tunggal nanti.

Kredit : Goal.com

Dengan menggunakan pemain ini di posisi ini kami berharap beliau juga mampu membantu Nazirul ketika bertahan nanti.

Kami juga berharap larian-larian deras dari beliau dan cubaan jarak jauh yang baik mampu dilakukan oleh nya ketika menyerang pasukan lawan nanti.

Penyerang

Hazwan Bakri

Penyerang terbaik negara dalam era moden ini selepas Safee Sali dan Matyo.Tidak salah jika kami labelkan beliau sebegitu kerana kehebatan beliau ketika menyerang.

Kredit : FourFourTwo

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang lepas beliau telah buktikan kenapa beliau layak untuk berada di dalam pasukan ini. Kemampuan untuk membuat bantuan serangan, memegang bola dan mengatur gerakan merupakan ciri hampir sempurna untuk penyerang seperti beliau.

Untuk rekod beliau telah menjaringkan hatrik ketika melakukan penampilan pertama bersama pasukan negara.Jadi tidak di sangkal lagi beliau adalah calon terbaik untuk berada di hadapan pasukan dan menjadi penyerang tunggal buat malam ini

Kesimpulan

Jadi ini barisan pilihan kami untuk menghadapi perlawanan malam ini bertemu Korea Utara :

Dengan formasi ini kami harap pasukan Malaysia dapat keputusan sekurang-kurangnya seri bagi membolehkan pasukan Malaysia memperbaiki ranking FIFA dan memberikan JDT laluan secara automatik untuk layak bermain di Liga Juara-juara Asia.

Kami yakin dengan barisan pemain dan formasi ini keputusan seri itu boleh dicapai. Selamat Berjuang HARIMAU MALAYA!!
Ayuh MALAYSIA!!

Jom kita lihat video ini untuk membangkitkan semangat kita menantikan perlawanan malam ini :

Baca juga : Atas 3 Sebab Ini Adam Nor Azlin Layak Diberi Peluang Bermain Malam Ini

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments