Previu Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2nd Leg : Urawa Red Diamonds vs Al-Hilal

1
1622
Al-Hilal vs Urawa

Dua kelab terbaik Asia, Urawa Red Diamonds dan Al Hilal akan bertarung untuk menentukan siapa raja di benua Asia apabila perlawanan kedua Liga Juara-Juara AFC berlangsung di Stadium Saitama pada hari Sabtu ini.

Keputusan seri terhasil pada perlawanan lalu selepas pemain Syria, Omar Khribin menutup kelebihan Urawa Red Diamonds melalui gol pembukaan pemain dari Brazil, Rafael Silva di Stadium King Fahd International, Riyadh dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 pada perlawanan pertama minggu lalu. Kedua-dua pasukan dilihat berhasrat untuk menambah satu lagi gelaran kontinental bagi melengkapkan sejarah pasukan mereka yang terkenal.

Sabtu ini, kedua-dua pasukan bakal bertemu untuk menentukan kejuaraan.

Al-Hilal vs Urawa2

Urawa Red Diamonds

Kemenangan di laman sendiri akan menyaksikan Urawa mengulangi kejayaan 10 tahun lalu yang memperlihatkan mereka merangkul kejayaan pertama dalam merangkul Piala Liga Juara-Juara Asia. Setelah memenangi kesemua enam perlawanan mereka di Stadium Saitama di peringkat awal, anak-anak buah Takafumi Hori pastinya akan menunjukkan permainan yang menarik di samping keyakinan yang tinggi.

Pasukan dari J.League ini turun dengan permulaan yang sempurna di Riyadh di mana Silva berjaya menjaringkan gol hanya selepas lapan minit perlawanan bermula. Namun, setelah mereka menerima tekanan yang tidak henti-henti akhirnya bolos setelah Khribin menyamakan kedudukan. Walaubagaimanapun, mereka harus berterima kasih kepada  Shusaku Nishikawa berikutan aksi cemerlang dan luar biasa beliau untuk menyelamatkan beberapa percubaan Al-Hilal. Mereka pastinya gembira dengan keputusan dengan seri untuk di bawa ke lama sendiri.

urawa red diamonds

Kecederaaan memaksa penjaring gol terbanyak mereka, Silva keluar di pertengahan separuh masa kedua dalam perlawanan pertama. Walaubagaimanapun pemain tengah menyerang ini dijangka cergas  dan akan berusaha menjaringkan 8 gol dalam hanya 10 perlawanan. Manakala penyerang yang telah menjaringkan 4 gol, Shinzo Koroki berharap untuk mendapat lebih banyak peluang daripada yang beliau lakukan di Riyadh.

Pemain kreatif, Yosuke Kashiwagi juga dilihat kurang menyerlah dalam perlawanan pertama, namun beliau dijangkaka menujukkan kewibawaannya dalam perlawanan timbal balik ini. Dengan hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat Urawa dengan kelebihan gol di tempat lawan, pemain Brazil yang kembali bermain, Mauricio Antonio akan menjadi watak penting untuk mempertahankan gawang dibarisan pertahanan bersama Yuki Abe.

Al-Hilal

Keputusan seri 1-1 itu bermakna Al Hilal merupakan satu-satunya pasukan yang tidak dikalahkan di benua ini. Walaubagaimanapun mereka tidak boleh merasa selesa setelah gagal memenangi perlawanan pertama walaupun penjaring gol terbaik mereka, Khribin mencipta beberapa peluang terbaik untuk memastikan pasukan Ramon Diaz pergi ke Jepun dengan kelebihan untuk dipertahankan.

Juara Asia dua kali itu perlu menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol untuk mengelakkan kekecewaan yang sama ketika tewas kepada Western Sydney Wanderers yang membolehkan Western Sydney menjulang piala tersebut buat kali pertama dalam perlawanan akhir 2014. Walaubagaimanapun mereka terpaksa turun tanpa Carlos Eduardo selepas pemain dari Brazil itu terpaksa keluar pada separuh masa pertama minggu lalu.

Al- Hilal

Nawaf Al Abed yang menggantikan Carlos Eduardo pada babak pertama dilihat menghasilkan permainan yang baik. Nawaf dan Salem Al Dawsari di lihat akan memberikan sokongan kepada Khribin yang pastinya akan sekali lagi menimbulkan ancaman terbesar kepada barisan pertahanan Urawa.

Kebanyakan peluang pemain Syria pada perlawanan lalu dicipta oleh pemain pertahanan Mohammed Al Burayk dan pastinya Urawa tidak mahu membenarkan ruang yang sama buat pemain ini mencipta peluang dari sebelah kanan di sepanjang perlawanan ini. Sementara itu, Yasser Al Shahrani sering mencipta peluang di sebelah kiri bagi memberikan peluang untuk barisan hadapan Al-Hilal.

Berikut adalah “highlights” perlawanan pertama tempoh hari.