Akhirnya Nazmi Faiz Menjadi Yang Terbaik Dalam Piala Afc 2017

1
2316
MALAYSIA, Johor Bahru: Nazmi Faiz of JDT players celebrates his goal during AFC cup match between JDT and Beoungket Angkor at Larkin Stadium on Feb 21st, 2017. Photo By Nizam Rahman - www.asiana.my

Jaringan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor dipilih sebagai Jaringan Terbaik Piala AFC 2017 yang diumumkan menerusi laman web Konfederasi Bola Sepak Asia (The-AFC.com) hari ini.

Jaringan pemain tengah kebangsaan itu dilakukan dalam perlawanan menentang pasukan daripada Kemboja, Beoungket Angkor pada aksi peringkat kumpulan F yang berlangsung di Stadium Nasional Olimpik Phnom Penh, Kemboja, 19 April lalu.

Gol itu dihasilkan selepas penjaga gol tuan rumah, Sou Yaty cuba menerpa untuk mengeluarkan hantaran lintang di luar kotak penalti namun percubaannya gagal dan menyaksikan bola tiba di kaki Nazmi sebelum pemain berusia 23 tahun itu melambungkan bola ke dalam gawang kosong untuk gol kedua skuad Harimau Selatan pada aksi itu.

Juara Piala AFC 2015 itu berjaya meraih kemenangan 3-0 pada perlawanan terbabit dengan dua lagi gol disumbangkan penyerang mudanya, Safawi Rasid dan penyerang import, Gabriel Guerra.

PAHANG, Jengka – Johor DT’s player, Muhammad Nazmi Faiz Mansor during 2017 FA Cup in action during 2017 FA Cup between Felda United FC and Johor DT at Stadium Tun Abd Razak on 14 February 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Kejayaan itu diraih selepas Nazmi menerima undian yang tertinggi sekaligus menewaskan tiga lagi pencabar lain yang turut menempatkan diri dalam senarai akhir bagi merebut anugerah jaringan terbaik di pentas Piala AFC yang berlangsung pada musim ini.

Tiga lagi calon yang turut menjaringkan gol yang menarik adalah penyerang JSW Bengaluru, Sunil Chhetri yang menghasilkan sepakan percuma daripada jarak 20 meter pada ketika pasukan itu bertemu Maziya Sports and Recreation.

Penyerang Al-Zawraa, Mohannad Abdulraheem pula menempatkan diri dalam senarai akhir selepas dia yang tidak dikawal dalam kotak penalti meledak jaringan menerusi sepakan yang melencong ketika pasukannya bertemu kelab daripada Qatar, Al-Jaish.

Satu lagi jaringan menarik yang berjaya tersenarai sebagai empat jaringan terbaik Piala AFC musim ini dihasilkan pemain tengah Ceres Negros, Iain Ramsey yang melakukan rembatan menggunakan bahagian luar kaki kirinya sekaligus bola ‘melengkung’ memasuki gawang gol pasukan Tampines Rovers.

Kredit : HM

Apapun setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan pada Nazmi Faiz Mansor atas kemenangan ini.

Jom tengok video jaringan tersebut :

Baca Juga : Akhirnya Nelo Vingada Bersuara Selepas Perlawanan Semalam