Friday, June 21, 2024
HomeSEPAK TAKRAWSTL Champions Cup: Kelantan Warriors Mengiringi Manang City Ke Separuh Akhir

STL Champions Cup: Kelantan Warriors Mengiringi Manang City Ke Separuh Akhir

Saingan Kumpulan B menyaksikan pertarungan 4 pasukan. Manang City merupakan wakil dari Thailland selain Kuala Lumpur Thunder yang hadir selaku naib juara Sepak Takraw League (STL) Premier. Kelantan Warriors dan PDRM Defenders yang dipanggil disaat akhir kerana penarikan diri disaat akhir pasukan dari Singapura dan India. Kelantan Warriors tampil selaku tempak ke-4 STL Premier manakala PDRM Defenders selaku naib juara STL Divisyen 1.

Manang City menunjukkan reputasi sebagai jaguh dari Thailand apabila muncul juara kumpulan B setelah menang semua 3 perlawanan. Manang City memulakan kempen pada hari pertama dengan kemenangan mudah ke atas Kelantan Warriors dengan mata 21-8 dan 21-12.

Manang City yang menurunkan regu utama mereka diwakili Pornthep (tekong), Yotsawat (feeder) dan Wuttichai (killer) terlalu kuat untuk ditentang regu utama Kelantan Warriors yang diwakili Hisyam (tekong), Aidil (feeder) dan Naim (killer).

STL CC Manang vs PDRM

Rentak kemenangan diteruskan Manang City pada hari kedua apabila berjaya menundukkan PDRM Defenders. PDRM Defenders menurunkan Syahmi (tekong), Nazri (feeder) dan Hafiz (killer) gagal menandingi regu Thailand yang turun tanpa pemain simpanan. Manang City menang mudah dengan mata 21-14 dan 21-16.

Manang City akhirnya mengesahkan tempat di separuh akhir selaku juara kumpulan selepas melepasi tentangan Kuala Lumpur Thunder. Saingan sengit diberikan Kuala Lumpur Thunder sehingga mengeheret perlawanan kesaingan set penentuan.

Kuala Lumpur Thunder yang meminjam tekong daripada Terengganu Turtles untuk saingan ini menurunkan Zulkifli selaku tekong utama sambil dibantu Amirul (feeder) dan Norhafizi (killer). Walaubagaimanapun mereka terpaksa akur dengan kehebatan jaguh Thailand apabila tewas 18-21, 21-14 dan 14-21.

STL CC Kelantan vs KL

Kelantan Warriors yang tewas kepada Manang City pada perlawanan pertama bangkit pada dua perlawanan berikutnya untuk mengekori Manang City ke saingan separuh akhir. Kelantan Warriors berjaya menundukkan naib juara STL Premier, Kuala Lumpur Thunder dalam saingan 3 set. Menang pada 21-18 pada set pertama namun tunduk 14-21 pada set kedua memaksa perlawanan diheret ke se set penentuan. Kemenangan pertama berjaya diperoleh Kelantan Warriors setelah memenangi set ketiga 21-13.

Kebangkitan terus ditunjukkan Kelantan Warriors pada hari terakhir apabila berjaya menundukkan PDRM Defenders yang diwakili Hairul (tekong), Nazri (feeder) dan Hafiz (killer). Kelantan Warriors menang mudah 21-17 dan 21-9 untuk mengesahkan tempat kedua dalam kumpulan B.

Dua kekalahan keatas Kelantan Warrior dan Manang City memaksa Kuala Lumpur Thunder pulang awal. Walau hadir dengan reputasi naib juara STL Premier, Kuala Lumpur Thunder hanya memperolehi 1 kemenangan ke atas PDRM Defenders pada hari pertama dengan mata 23-21 dan 21-10.

STL CC KL vs PDRM

PDRM Defenders ternyata kuran bersedia untuk menempuhi cabaran STL Champions Cup ini. Mereka yang hadir sebagai pasukan gantian terpaksa akur berkedudukan tercorot dalam kumpulan B setelah tewas ketiga-tiga perlawanan.

Saingan Kumpulan B berakhir dengan Manang City menjuarai kumpulan B diekori Kelantan Warriors bergerlar naib juara dan layak ke separuh akhir. Perlawanan separuh akhir yang dijadualkan pada 2 Disember bakal menemukan Manang City dengan Perak Bisons dan Kelantan Warriors dengan  Penang Black Panthers.

Baca juga: STL Champions Cup : Penang Black Panthers dan Perak Bisons Dari Kumpulan A Mara…

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments