Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKAFC B-23 : Iraq Turun Tanpa Dua Tonggak Utama

AFC B-23 : Iraq Turun Tanpa Dua Tonggak Utama

Ayman Hussein Ghadhban Al-Mafraje yang menjaringkan enam gol dalam pusingan kelayakan tidak dapat diturunkan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C Kejohanan Piala AFC Bawah 23 menentang Malaysia petang ini. Ianya berikutan layangan kad merah yang diterima Ayman Hussein ketika menentang Arab Saudi dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan Julai lalu.

Iraq menjuarai kejohanan ini pada edisi pertama yang berlangsung di Oman pada tahun 2013 dan berkedudukan tempat ketiga dua tahun lalu. Untuk edisi kali ini pengendali Iraq Abdul Ghani Shahad mensasarkan kemenangan pertama ketika menentang Malaysia petang ini.

Selain daripada itu, Iraq juga kehilangan pemain tengah mereka Ahmed Mohsin Jaber Al-Attabi yang juga menjalani hukuman penggantungan. Walaubagaimanapun Abduk Ghani Shahad tenang.

Kejohanan AFC B-23: Iraq turun tanpa dua pemain utama
“Kami mempunyai 23 pemain dan kami tidak mengharap kepada seseorang pemain sahaja,” kata Abdul Ghani Shahab . “Banyak perubahan telah dilakukan dalam skuad ini semenjak pusingan kelayakan.

“Kami akan fokus pada perlawanan pertama ini kerana ianya perlawanan yang penting. Kami menghormati pasukan Malaysia yang telah berjaya layak sebagai satu daripada 16 pasukan terbaik Asia. Mereka mempunyai keputusan yang baik dalam pusingan kelayakan dan membuat persediaan rapi untuk kejohanan ini. Kami berharap dapat bermain baik dan mendapat tiga mata daripada perlawanan pertama ini. Kami mahu lakukannya.” tambah Abdul Ghani Shahab lagi ketika sidang media.

Ketiadaan dua pemain utama Iraq ini sedikit sebanyak melegakan kem skuad muda negara. Mana tidaknya, Ayman Hussein merupakan penjaring terbanyak pasukan Iraq itu pada pusingan kelayakan manakala Ahmed Mohsin Jaber merupakan peancang tengah.

Ong Kim Swee 1

Walaubagaimanapun pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee berpendapat tiada banyak perbezaan tanpa dua pemain utama mereka kerana Iraq mempunyai ramai pemain berkualiti.

“Walaupun tanpa dua pemain itu, saya juga percaya mereka mampu memberi tentangan pada masa kita tahu Iraq mempunyai sejarah yang cukup baik dalam Kejohanan AFC,” kata Kim Swee.

Skuad Harimau Muda yang kali pertama layak ke kejohanan ini membawa harapan jutaan rakyat Malaysia dalam membuktikan kemajuan bola sepak tanah air. Mereka juga dilihat sebagai masa depan bola sepak negara.

Baca juga:Previu Harimau Muda Dalam Kejohanan AFC B-23

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments