Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKAl Jazira Mara Ke Separuh Akhir Menundukkan Urawa

Al Jazira Mara Ke Separuh Akhir Menundukkan Urawa

Al Jazira bakal mengahadapi Real Madrid dalam peringkat separuh akhir Piala Duni Kelab FIFA 2017. Penjaring terbanyak Al-Jazira, Ali Mabkhout menjadi pemisah buat Al Jazira menundukkan juara Liga Juara-Juara Asia Urawa Red Diamonds. Gol jaringan Ali Mabkhout itu juga menjadikan Al Jazira kelab pertama dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melangkah sejauh  itu.

Pasukan dari negara tuan rumah ini mengulangi senario yang sama ketika perlawanan pembukaan menentang Auckland City pada 6 Disember lalu, apabila mereka menjaringkan gol melalui ‘counter attack’ dan bertahan selepas itu untuk mempertahankan kelebihan mereka.

Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan pada 45 minit yang pertama. Ianya bukanlah kerana kekurangan peluang namun mereka mempunyai beberapa percubaan yang menarik apabila Urawa menguasai penuh permainan dan Al Jazira kelihatan beberapa kali melakukan ‘counter attack’.

Al Jazira vs Urawa

Percubaan paling berbahaya pada separuh masa pertama hadir pada minit ke-28 apabila peman Urawa, Yuki Muto membuat hantaran kepada rakannya, Shinya Yajima melalui hantaran lintang dari sebelah kanan. Namun percubaan Yajima dari dalam kotak penalti melambung tinggi.

Pasukan tuan rumah memberi serangan balas lima minit kemudian apabila Mbark Boussoufa melepaskan Ali Mabkhout ke dalam kotak penalti namun percubaan penyerang tersebut dari sudut sukar berjaya ditolak keluar menggunakan kaki oleh penjaga gawang Urawa Shusaku Nikshikawa.

Shusaku Nishikawa sekali lagi menjadi penyelamat Urawa dalam separuh masa pertama apabila menidakkan tandukan Mohamed Ayed ke arah gawangnya.

Al Jazira memulakan separuh masa kedua dengan baik. Romarinho yang membawa bola melepasi tengah padang membuat hantaran yang baik kepada Mabkhout yang membuat larian dan menolak masuk bola di celah kaki Nishikawa untuk meletakkan Al Jazira di depan pada minit ke-52.

Ali Mabkhout

Urawa hampir menyamakan kedudukan pada mini ke-60 apabila penjaga gol Al Jazira gagal menangkapp sempurna percubaan kaki kiri Muto. Walaubagaimanapun bola yang jatuh ke kaki Sinzo Koroki yang terlalu lama memegang bola dan membenarkan Khaseif kembali menyelamatkan gawang Al Jazira.

Juara Asia terus memberi tekanan pada baki 30 minit baki perlawanan namun Khaeif dan pemain pertahanan Al Jazira berjaya menafikan segala percubaan Urawa untuk terus mendahului dan mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir bertemu dengan juara Eropah, Real Madrid pada 12 Disember nanti.

Satu lagi perlawanan diantara Pachuca yang merupakan juara CONCACAF  menentang Wydad Casablanca yang merupakan juara benua Afrika bekesudahan dengan kemenangan buat Pachuca. Victor Guzman menjadi wira buat Pachuca apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam masa tambahan dan mengesahkan tempat ke separuh akhir untuk bertemu juara Amerika Selatan, Gremio.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments