Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKPerak Umum Dua Import Baru

Perak Umum Dua Import Baru

Semalam Perak mengumumkan dua pemain import baharu yang ditandatangani bagi saingan Liga Super musim ini. Dua pemain import tersebut adalah Misagh Bahadoran dan Wander Luiz Bitencourt Junior yang telah pun di sahkan bakal memperkuatkan pasukan “The Bos Gaurus” tersebut.

Sebelum ini Perak mengekalkan dua pemain import musim lalu Leandro Dos Santos dan Gilmar Jose Da Silva Filho. Kehadiran dua pemain ini menjadikan 4 daripada 5 kuota import telah dipenuhi meninggalkan 1 lagi kuota pemain Asia untuk dihuni.

Wander Luiz Bitencourt Junior dilihat tidak asing lagi dengan suasana Liga Malaysia kerana pernah bermain bersama “The Red Warriors” pada musim 2016. Bermain sebagai “Attacking Midfielder” Wander Luiz pernah menjaringkan 4 gol daripada 10 penampilan beliau bersama Kelantan.

Wander Luiz

Pemain kelahiran Brazil itu memulakan karier dengan mewakili Vila Nova FC di negara kelahirannya bermula tahun 2005 hingga 2010, Buriram (2010-2011), Suphanburi FC (2012), America de Cali (2013), Fujairah SC (2014), Ulsan Hyundai FC dan kelab terakhirnya, Ratchaburi Mitr Phol FC dalam Liga Thailand, sebelum menyertai Kelantan.

Musim lalu beliau bermain di Liga Profesional Arab Saudi bersama Al Reid dan menjaringkan 3 gol daripada 24 perlawanan. Wander Luiz merupakan seorang pemain yang aggresif dan mempunyai mentaliti menyerang yang baik.

Misagh Bahadoran pula mengisi kuota import ASEAN yang baru diperkenalkan musim ini. Pemain kebangsaan Filipina memikul tugas selaku kapten bersama dalam pasukan kebangsaanya.  Beliau telah membuat 54 penampilan bersama skuad kebagsaan Filipina semenjak 2011 dan menjaringkan 7 gol.

Hasil carian imej untuk misagh bahadoran philipnes

Pemain berusia 31 tahun ini, bermain di posisi sayap dan penyerang. Sebelum berhiijrah ke Perak TBG ini, Misagh bermain bersama kelab Global Cebu FC di negaranya dari musim 2011 hingga 2017. Beliau telah menjaringkan 46 gol dalam 80 penampilan bersama Global Cebu FC sepanjang enam musim bersama kelab itu.

Ketajaman Misagh Bahadoran ditagih pasukan Perak untuk digandingkan bersama Gilmar dan Leandro yang juga bakal dibantu Wander Luiz.

Dengan kehadiran dua pemain ini bermakna hanya tinggal satu kekosongan kuota import untuk Perak TBG.  Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, mereka mempunyai dua atau tiga calon pertahanan yang akan diumumkan kemudian untuk mengisi kuota import Asia.

Baca juga: PKNS Ikat 2 Tonggak Import

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments