Friday, May 24, 2024
HomeBOLA SEPAKAkhirnya Terjawab Pengganti Kedah Untuk Ke Piala AFC 2018

Akhirnya Terjawab Pengganti Kedah Untuk Ke Piala AFC 2018

Selepas pelbagai kontroversi dan isu tular di laman sosial akhirnya terjawab sudah pasukan mana akan menggantikan Kedah untuk ke Piala AFC 2018 nanti.

Kedah selaku juara Piala FA 2017 sepatutnya mengiringi JDT untuk slot ke Piala AFC 2018 nanti tetapi mereka masih belum mendapat lesen dari pihak AFC untuk bermain.

Selepas itu pasukan Pahang pula dikatakan menerima surat jemputan dari pihak FAM untuk menggantikan Kedah ke Piala AFC nanti tetapi telah menolak tawaran tersebut dalam kenyataan rasmi mereka di dalam laman rasmi facebook mereka.

Selepas Kedah tidak layak kerana lesen dan Pahang pula telah menolak tawaran untuk menggantikan tempat Kedah akhirnya Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John telah mengeluarkan kenyataan pasukan mana yang layak untuk slot ini.

Hanya pasukan Pahang boleh mengisi satu lagi slot yang diperuntukkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada Malaysia dalam saingan Piala AFC tahun depan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata skuad Tok Gajah layak mengisi slot berkenaan bagi menggantikan Kedah yang tidak dapat beraksi akibat tidak memiliki lesen badan induk bola sepak Asia itu.

Katanya, jika Pahang memenuhi syarat kelayakan tetapi enggan menyertai kejohanan itu, secara automatik slot berkenaan terbatal dan tidak boleh diberikan kepada pasukan lain.

“Bila pasukan sudah memenuhi syarat kelayakan tapi menarik diri, maknanya slot itu akan hangus atau hilang sebab kita anggap negara itu tak nak gunakan slot berkenaan. Jadi, kami hanya boleh ucap terima kasih.

“Pahang tidak salah, tapi rugilah sebab slot itu boleh membantu ranking Malaysia untuk masa depan. Jika pasukan itu berjaya bermain dengan baik, maknanya ranking pasukan negara itu akan naik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Satu slot awal ke kejohanan Piala AFC bagi mewakili Malaysia sebelum ini diisi oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku juara Liga Super manakala slot kedua menjadi milik Kedah atas kapasiti sebagai juara Piala FA.

Namun naib juara Piala Malaysia itu tidak boleh beraksi kerana tiada lesen daripada AFC.

Berikutan itu, FAM menawarkan slot kedua itu kepada Pahang atas kapasiti sebagai naib juara Liga Super dan Piala FA.

Bagaimanapun Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) membuat keputusan mengejut apabila menolak tawaran berkenaan.

Keadaan itu sekali gus hanya meninggalkan JDT sebagai pasukan tunggal daripada Malaysia menyertai kejohanan itu ketika ini.

Windsor turut mengesahkan pihaknya masih menunggu surat pengesahan daripada FAM berhubung keputusan Pahang menolak tawaran beraksi di Piala AFC.

“Kami belum dapat surat rasmi daripada FAM dan hanya mendengar berita itu menerusi laporan media.

“Jadi saya nak bagi komen lebih lanjut pun susah. Jadi, sekarang ini kami hanya menunggu surat pengesahan daripada FAM untuk melihat apa yang badan induk itu akan maklumkan kepada kami,” katanya.

Jadi berdasarkan kenyataan ini dapat disimpulkan jika perkara ini berterusan nampak nya hanya pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sahaja yang akan ke pertandingan Piala AFC 2018 nanti.

Jom kita lihat video perlawanan akhir Piala AFC 2017 yang lepas :

Baca juga : Piala AFC 2018: Pasukan Manakah Yang Layak Menggantikan Slot Kedah

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments