Friday, June 21, 2024
HomeMOTO GPHafizh Syahrin Sah Pelumba Sepenuh Masa Yamaha Monster Tech 3

Hafizh Syahrin Sah Pelumba Sepenuh Masa Yamaha Monster Tech 3

Berikutan aksi cemerlang dalam sesi ujian di Buriram, Hafizh Syahrin telah disahkan akan menunggang untuk Monster Yamaha Tech 3 pada musim 2018. Penunggang Malaysia ini merupakan pelumba pertama daripada negara ini yang menyertai kelas premier dalam sesi ujian di Thailand dan kini menjadi yang pertama bertanding sepenuh masa selepas beliau menyertai Johann Zarco dalam skuad yang berpengkalan di Perancis ini.

Hafizh Syahrin memberi persembahan mengagumkan di Thailand  apabila menujukkan kemajuan dengan pantas. Selain itu Hafizh Syahrin mempunyai motivasi yang tinggi dan cepat belajar ketika pertama kali menunggang Yamaha YZR-M1 dengan menamatkan sesi ujian dikedudukan ke 22 daripada 24 pelumba dan hanya 1.7 saat dibelakang masa terpantas Dani Pedrosa (Repsol Honda Team).

“Saya sangat gembira selepas menerima berita baik di mana saya akan menunggang bersama Moonster Yamaha Tech 3 pada 2018,” kata Hafizh Syahrin. “Mengikuti tiga hari yang menarik dan hebat ketika di Buriram, dimana saya banyak belajar, Saya ingin berterima kasih kepada kru-kru sekali lagi terutamanya Nico dan Maxime, Tidak lupa juga Johann dan Laurent atas segala nasihat mereka.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and text
Kredit imej: Facebook “Monster Yamaha Tech 3”

“Dalam masa yang singkat, saya benar-benar belajar untuk mengawal jentera MotoGP yang mana ketika itu belum menjadi milik saya. Saya akan cuba melakukan yang terbaik dan memberi semua yang saya ada pada tahun ini. Saya mahu berterima kasih kepada Herve, Yamaha Motor Corporation, Monster dan semua ahli pasuka Tech 3 yang percaya kepada saya dan memberikan peluang keemasan ini untuk melengkapkan semusim di MotoGP.

“Terima kasih kepada keluarga yang selalu memberi sokongan kepada saya untuk menjadikan impian ini kenyataan, terutamanya bapa saya dan terima kasih juga kepada peminat-peminat saya dan yang penting sekali Razali Razlan. Saya berharap untuk menjalani ujian sekali lagi di Qatar dan saya akan lebih bermotivasi. Secara jujurnya, saya tidak sabar menunggu untuk musim ini bermula. Saya sangat terharu.”

“Ujian di Buriram baru-baru ini telahpun menjadi sejarah buat Hafizh,” tambah Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksukutif, Litar Antarabangsa Sepang (SIC). “Pengumuman rasmi yang menyatakan Hafizh Syahrin bakal bersaing musim penuh bersama Monster Yamaha Tech 3 adalah pengumuman terbesar dan pencapaian untuk penunggang Malaysia selepas 26 tahun Malaysia menganjurkan MotoGP.

Image may contain: motorcycle
Kredit imej: Facebook “Monster Yamaha Tech 3”

“Ianya juga berita yang sangat hebat untuk benua Asia. Saya mesti berterima kasih Herve Poncharal untuk peluang ini, kepercayaan beliau kepada Hafizh Syahrin. Kami akan menyerahkan Hafizh Syahrin untuk beliau membangunkan bakat Hafizh supaya lebih baik, kompetatif dan menjadi penunggang MotoGP yang lengkap.”

Untuk pengurus pasukan, Herve Poncharal beliau telahpun menyatakan untuk menyerap penunggang Malaysia itu. Kini beliau gembira ianya telah lengkap.: “Saya sangat gembira untuk mengumumkan yang Hafizh Syahrin akan menjadi pelumba kedua Monster Yamaha Tech 3 bersama dengan Johan Zarco.

“Ianya sesuatu yang sukar buat kami apabila mendengar berita mengenai Jonas Folger yang terpaksa memutuskan untuk tidak berlumpa pada musim 2018 berikutan usaha beliau untuk pulih daripada masalah kesihatan. Ianya satu proses yang panjang untuk mencari seseorang untuk menggantikan beliau.

Image may contain: outdoor
Kredit imej: Facebook “Monster Yamaha Tech 3”

“Di Sepang saya berjumpa Razlan, kami hanya bersembang dan kemudiannya dia memberikan idea gila yang mana kadang kala memberikan keputusan yang baik. Saya ingin berterima kasih kepada Razlan Razali atas kemahuan beliau, tenaga dan penglibatan beliau dalam perlumbaan MotoGP dan sukan secara amnya. Tambahan pula sokongan kepada Hafizh Syahrin untuk mendaki langkah terakhir dalam kelas Premier.

“Kami perlu meyakinkan semua di sekeliling kami yang Hafizh akan menjadi pelumba MotoGP yang baik. Oleh yang demikian, kami perlu memberi tugas sukar kepada beliau semasa tiga hari ujian dijalankan di Buriram. Akhirnya, beliau melakukan sesuatu yang menakjubkan dan mencapai misi nya.

“Yamaha lebih daripada gembira dengan pencapaian beliau dan keseluruhan ahli pasukan Tech3 gembira. Saya sangat berbangga untuk memberi peluang ini dan saya tahu yang beliau akan menjadi sesuatu yang bersejarah, kerana beliau merupakan kali pertama penunggang Malaysia dalam saingan penuh MotoGP dan kami tahu bagaimana popularnya sukan ini dalam dunia.

Image may contain: motorcycle and outdoor
Kredit imej: Facebook “Monster Yamaha Tech 3”

” Saya ingin memmberitahu Hafizh: Selamat datang ke keluarga kami! Kami akan jaga kamu seperti anak kami dan saya yakin kami boleh memberikan musim yang baik. Kamu boleh belajar daripada ahli pasukan, daripada Johann Zarco. Terima kasih untuk semangat dan penglibatan kamu. Saya tidak sabar untuk berada di Qatar bersama kamu dan motor kita.”

Pertama sekali, lawatang ke grid akan bermula di Qatar untuk sesi ujian bermula 1 Mac sebelum perlumbaan bermula pada 16 Mac.

Sumber: MotoGP.com

Baca juga: Poncharal : “Saya Mahukan Hafizh Syahrin untuk 2018”

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments