Poncharal : “Saya Mahukan Hafizh Syahrin untuk 2018”

1
923
Hafizh Syahrin 6

Pengurus Pasukan Monster Yamaha Tech 3 berkata beliau mahukan pelumba dari Malaysia dengan perbincangan sedang dilakukan bersama penaja untuk menandatangani perjanjian.

Selepas Hafizh Syahrin melakukan kemunculan yang mengagumkan dalam sesi ujian di Thailand, Pengurus Monster Yamaha Tech 3, Herve Poncharal berkata beliau mahu menandatangani pelumba Malaysia itu untuk sepenuh masa dan sekarang sedang berbincang berkenaan kemungkinan tersebut bersama penaja.

Dengan satu kekosongan dalam pasukan itu selepas Jonas Folger mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada musim 2018 kerana memerlukan masa untuk pulih daripada kecederaan, Yonny Hernandez terlebih dahulu di uji Monster Yamaha Tech 3 dalam sesi ujian di Sepang sebelum Hafizh Syahrin menjadi pelumba pertama dari Malaysiia yang bersaing dalam kelas Premier apabila menunggang jentera itu di Buriram.

Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor
Kredit mej: Facebook “Monster Yamaha Tech 3”

Mengapa Hafizh Syahrin dikatakan melakukan persembahan membanggakan? Anak kelahiran Ampang ini menunjukkan kemajuan secara konsisten dalam catatan masa satu pusingan dan berjaya menamatkan sesi ujian di Thailand ini diatas Karel Abraham (Angel Nieto Team) dan rakan beliau dalam saingan Moto2 Xavier Simeone (Reale Avintia Racing).

Dalam aksi saingan yang sengit, Hafiz Syahrin menamatkan sesi ujian hanya 1.7 saat dibelakang catatan masa terbaik Dani Pedrosa (Repsol Honda Team)

“Ianya satu kejutan yan baik,” kata Poncharal mengenai pelumba beliau yang melakukan penampilan pertama. “Anda harus ingat bahawa Hafizh Syahrin langsung tidak bersedia, beliau menantikan saingan dalam projek Moto2. Namun Razlan Razali bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada kami dalam ujian selama tiga hari ini. Saya juga mahu berterima kasih kepada beliau. Bersaing dalam MotoGP adalah impian setiap pelumba.”

Image may contain: 1 person
Kredit mej: Facebook “Monster Yamaha Tech 3”

Itulah yang berlaku, ianya memberi tekanan kepada Hafizh Syahrin sendiri. Tambahan pula beliau merupakan pelumba pertama dari Malaysia untuk melakukan penampilan pertama dalam saingan kelas premier sedangkan ini merupakan kali ketiga untuk kebanyakan rakan Hafizh Syahrin yang dulunya bersaing di Moto2 dan Poncharal mengetahui semua itu.

Poncharal sebelum itu menggariskan sebelum sesi ujian bermula bahawa mereka akan melihat kemajuan dan potensi Hafizh Syahrin dan tidak mengharapkan beliau mendapat catatan masa di tangga teratas.

“Tekanan pastinya di bahu Hafizh Syahrin ketika du Buriram,” tambah pengurus pasukan itu lagi. “Tiada anak Malaysia yang pernah bersaing dalam MotoGP sebelum beliau. Beliau juga mempunyai kekurangan berbanding rakan-rakan lain seperti Takaaki, Franco, Tom mahupun Xavier yang telah bersaing beberapa kilometer. Beliau harus melakukannya tanpa kemalangan dan dalam keadaan ini beliau mudah melakukan kesilapan. Beliau telah melakukkannya dengan sangat baik. Kemajuan ditunjukkan pada setiap hari dan menamatkan ujian hanya 1.7 saat daripada masa terbaik. Ini menunjukkan yang beliau telah hampir mencapai potensi sebenar beliau. Saya betul-betul kagum! Beliau juga merupakan seorang yang sangat merendah diri dan baik di trek. “

Image may contain: one or more people and outdoor
Kredit mej: Facebook “Monster Yamaha Tech 3”

Sekarang persoalannya, Adakah Hafizh Syahrin akan dibariskan sepenuh masa untuk Monster Yamah Tech 3? Jika jawapannya tertakluk kepada Poncharal, jawapannya adalah YA.

“Saya mahu mengekalkan beliau untuk musim 2018, namun saya perlu meyakinkan semua rakan-rakan saya. Buat masa ini belum ada apa-apa keputusan dibuat namun saya tidak akan melindungi fakta yang saya akan berasa sangat kecewa jika kami gagal mengikat perjanjian. Saya rasa kami telah menemui penunggang yang sempurna seperti yang kami cari. Selepas takdir yang menyebabkan pengunduran diri di saat akhir Jonas Folger, ini adalah penyelesaian terbaik yang kami ada.”

Moto GP akan kembali memulakan aksi pada 1 Mac untuk sesi ujian seterusnya di Qatar. Adakah Hafizh Syahrin akan sekali lagi dibariskan oleh Monster Yamaha Tech 3?

Sumber: MotoGP.com

Baca juga: Sesi Ujian MotoGP Buriram, Bagaima Persembahan Hafiz Syahrin?