Friday, June 21, 2024
HomeLAIN-LAINFUTSALJurulatih Futsal Negara Calon Jurulatih Terbaik Dunia

Jurulatih Futsal Negara Calon Jurulatih Terbaik Dunia

Jurulatih skuad futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong tersenarai dalam sepuluh calon terakhir Anugerah Futsal Umbro 2017 yang keputusannya bakal diketahui pada 10 Januari akan datang.

Pemilihan Chun Yong pastinya dapat memartabatkan arena futsal negara yang menunjukkan peningkatan dibawah kendalian beliau. Peningkatan tersebut agak jelas apabila skuad futsal negara melonjak ke tangga ke-53 dunia dan ke-7 di kalangan negara-negara Asia.

Umbro Futsal Awards 2017

Antara kejayaan yang berjaya dilakar Chun Yong pada tahun lalu adalah berjaya merangkul pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, naib juara Kejohanan Futsal AFF 2017 dan berjaya membawa skuad negara layak ke pusingan akhir Kejohanan Futsal AFC 2018 yang bakal bermula bulan hadapan.

Perlantikan Chun Yong selaku jurulatih skuad futsal lelaki negara dilakukan pada tanggal 15 Ogos 2016 bagi menggantikan tugas Marcelo Serpa yang kontraknya tidak disambung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau di pilih oleh FAM berdasarkan kecemerlangan beliau sebagai pemain dan juga jurulatih. Pengendali berusia 45 tahun itu  berpengalaman luas dalam membimbing pasukan dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan seperti pasukan wanita Selangor yang menjuarai Liga Futsal Kebangsaan 2015 dan naib juara Piala Futsal Kebangsaan 2015 serta banyak lagi kejayaan yang beliau nikmati bersama pasukan lain yang pernah dibimbing.

Beliau juga pernah membawa skuad futsal wanita kebangsaan menduduki tangga ke-4 dalam Kejuaraan Futsal AFC 2015. Ia sekaligus menguatkan lagi pemilihan beliau selaku jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan.

Chiew Chun Yong - Women

Kini terbukti pemilihan Chun Yong selaku jurulatih kebangsaan dua tahun yang lalu merupakan keputusan yang sangat tepat apabila beliau tercalon sebagai jurulatih terbaik dunia. Berikut kami bawakan serba sedikit profil Chiew Chun Yong:

Tarikh Lahir : 27/10/1973

Tempat Lahir : Pulau Pinang

Kerjaya Jurulatih Profesional :                                                                                    Pengarah Teknikal Futsal, FAM : 2016 – Sekarang
Ketua Jurulatih Futsal Lelaki : 2016 – Sekarang
Ketua Jurulatih Futsal Wanita : 2007 – 2010, 2015 – 2016
Penolong Jurulatih Futsal Lelaki : 2010 – 2011

Kejayaan Selaku Jurulatih :                                                                                        Pingat Perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 – Lelaki (2017)                                              Naib juara Kejohanan Futsal AFF 2017 – Lelaki (2017)                                                      Pingat Gangsa Kejohanan AFF Thailand – Lelaki (September 2015)
Separuh Akhir Kejohan Futsal Wanita AFC – Wanita (September 2015)
Separuh Akhir Sukan SEA Korat, Thailand – Wanita (December 2007)

Selain daripada Chiew Chun Yong, sembilan lagi jurulatih yang tercalon adalah :

Alicia Morell Campillo (Sepanyol) – Skuad Wanita Sepanyol
Andrzej Bianga (Poland) – Skuad Lelaki Poland
Diego Raúl Giustozzi (Argentina) – Skuad Lelaki Argentina
Pierre Jacky (Perancis) – Skuad Lelaki Perancis
Htay Myint (Myanmar) – Skuad Lelaki Myanmar
Seyed Mohammad Nazemalsharieh (Iran) – Skuad Lelaki Iran
José María Pazos Méndez “Pulpis”(Sepanyol) – Skuad Lelaki Uzbekistan“A” & U20, Skuad Lelaki Thailand
Wilson Sabóia (Brazil) – Skuad Wanita Brazil
Josè Venancio Lopez Hierro (ESP) – (Sepanyol) – Skuad Lelaki Sepanyol

Walau apapun keputusannya pada 10 Januari nanti, pengiktirafan Chun Yong di peringkat ini telahpun menjadi kebanggaan buat arena futsal negara. Pasti ianya akan menjadi pemangkin semangat buat skuad futsal negara dalam menghadapi Kejohanan Futsal AFC 2018 di Taiwan bulan hadapan.

Baca juga: Cabaran Menarik Menanti Menjelang Undian Kejohananan Futsal AFC 2018

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments