Previu Harimau Muda Dalam Kejohanan AFC B-23

1
295
Harimau Muda 2

Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mencipta sejarah layak buat kali pertama dalam Kejohanan Piala AFC Bawah 23 semenjak ianya dipertandingkan pada tahun 2013. Mereka layak setelah mengungguli Kumpulan H mengetepikan cabaran musuh serantau Thailand dan Indonesia dalam pusingan kelayakan pada Julai lalu.

Kim Swee dilihat melakukan perubahan besar setelah hanya mengekalkan 11 pemain yang bermain ketika pusingan kelayakan. Kekuatan tambahan di setiap bahagian diperolehi  apabila beberapa pasukan termasuk Johor Darul Ta’zim, Pahang dan Pulau Pinang yang sebelum ini tidak melepaskan mereka ketika pusingan kelayakan kembali di beri peluang.

Lebih menarik kali ini, 5 pemain daripada skuad Bojan Hodak berjaya menambat hati Kim Swee untuk menyertai latihan pusat sehinggalah disenarai akhir untuk kejohanan ini. Pemain-pemain ini berusia di antara di antara 17-19 tahun dan telah berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018.

Hadi Fayyadh & Nik Akif

Mereka adalah Shivan Pillay Asokan, 17, (PKNS FC), Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17, (JDT II), Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18, (Kelantan) dan K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang) dan  Kogileswaran Raj, 19 (Pahang). Ia pastinya suatu yang baik untuk masa depan bola sepak negara apabila mereka berpeluang bermain di kejohanan peringkat umur yang lebih tinggi.

Malaysia bakal memulakan cabaran dalam kejohanan ini pada petang ini (10 Januari) bertemu pasukan Iraq. Tiga hari berikutnya skuad negara bakal bertemu Jordan sebelum di jadualkan menentang Arab Saudi pada 16 Januari untuk menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Oleh yang demikian kami membawa pembaca mengenali ketiga-tiga pasukan lawan yang dibakal dihadapi skuad muda negara dalam kumpulan C.

Iraq

Pasukan pertama yang bakal dihadapi Harimau Muda ini bakal menjadi kayu pengukur sejauh mana langkah mampu dijangkau. Kim Swee perlu mencari kekuatan dan kelemahan dalam perlawanan ini untuk menghadapi dua lagi perlawanan lain.

Pasukan Iraq dibimbing oleh jurulatih yang sama yang membawa mereka ke Sukan Olimpik Rio 2016. Abdul Ghani Shahad juga berjaya membawa skuad muda Iraq ini meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Piala AFC Bawah 23 edisi 2016 yang melayakkan mereka ke Sukan Olimpik.

Abdul Ghani Shahad berdepan cabaran besar untuk mengulangi kejayaan pada 2013 di mana mereka muncul juara.

Iraq menyenaraikan lima pemain yang juga bermain bersama skuad senior mereka termasuk Alaa Ali Mhawi, Amjad Attwan and Ayman Hussein.

Iraq menamatkan pusingan kelayakan dengan seratus peratus kemenangan ke atas Afghanistan, Bahrain and Saudi Arabia. Ayman Hussein menjaringkan enam daripada 11 gol.

Jordan

Jordan dilihat ingin mengembalikan status mereka selaku pasukan bawah 23 tahun yang digeruni setelah hanya berjaya ke peringkat suku akhir pada edisi 2016.

Pada edisi 2013, Jordan menduduki tangga ketiga. Jordan mensasarkan untuk sekuran-kurangnya menyamai pencapaian 2016 dan layak ke Sukan Olimpik.

Kekalahan kepada Korea Selatan memaksa Jordan melakukan pertukaran jurulatih. Iain Brunskill yang berdarah England mengambil alih skuad ini pada Julai 2016 yang merupakan kerjaya pertama beliau di luar England selepas bertanggungjawab dalam pembangunan bersama pasukan Liverpool, Blackburn dan Bolton Wanderers.

Walaubagaimanapun skuad muda Jordan kali ini tidak seperti yang lalu. Mereka dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada Palastine pada pusingan kelayakan dan layak sebagai antara enam pasukan terbaik daripada 10 kumpulan keseluruhan.

Arab Saudi

Menariknya, Arab Saudi  antara pasukan yang merebut tempat terakhir untuk ke pusingan akhir kejohanan ini berikutan mereka berkedudukan kedua dalam Kumpulan B pada pusingan kelayakan.

Anak-anak buah Daniel Teglia hadir bukan sahaja hadir untuk memperbaiki kedudukan pada edisi 2016 di mana mereka tersingkir di peringkat kumpulan, namun mereka mahu mendapat keputusan lebih baik di mana mereka bergelar naib juara pada edisi 2013.

Selain itu, pemain-pemain muda ini pastinya menampilkan persembahan terbaik mereka untuk menarik perhatian jurulatih skuad senior agar terpilih menjadi sebahagian daripada skuad Piala Dunia 2018 Arab Saudi.

Abdulaziz Al-Aryani, yang menjaringkan tiga gol dalam pusingan kelayakan bakal menetuai bahagian serangan sambil dibantu Abdulelah Al-Amri, Sami Al-Najei and Fahad Al-Rashidi.

Sumber: https://www.fourfourtwo.com/my/features/mission-possible-sizing-malaysias-afc-under-23-championship-opponents?page=0%2C1

Baca juga: 5 Pemain Bawah 19 Antara 26 Pemain Skuad Bawah 23 Yang Disenarai Pendek