Khairy Jamaluddin Bersuara Mengenai Bola Sepak Malaysia

1
1178
PUTRAJAYA, 3 Dis -- Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika ditemubual di pejabatnya semalam. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bola sepak merupakan sukan nombor 1 di Malaysia. Tidak kisah menang, seri atau kalah pasti topik perbualan bola sepak sentiasa keluar dari mulut pencinta bola sepak di mana pun mereka berada.

Terbaru pasukan senior negara telah terkeluar dari pusingan kelayakan ke Piala Asia 2019 dan selepas tewas kepada Korea Utara 4-1.

Akibat daripada itu banyak suara-suara telah menyatakan jurulatih negara Nelo Vingada harus bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan.

Nelo Vingada

Akan tetapi beliau masih lagi ingin menjawat jawatan panas itu dengan nada yakin yang beliau masih mampu membawa pasukan Malaysia ke tahap lebih baik.

Selepas itu pula beberapa bekas pemain bola sepak negara turut meluahkan pendapat masing-masing melalui akhbar tempatan serata negara. Baca DI SINI.

Presiden FAM juga telah berjanji akan membuat mesyuarat tergempar sebaik pasukan negara tiba di tanah air nanti untuk melakukan bedah siasat mengapa pasukan ini semakin teruk. Baca juga DI SINI.

Terbaru melalui status facebook yang dimuat naik melalui FAM, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan satu kenyataan yang bagi kami untuk menenangkan semua pihak.

JANGAN CEPAT KECAM SKUAD HARIMAU MALAYA. INI PROJEK JANGKA MASA PANJANG BUKAN DAPAT PERUBAHAN SERTA MERTA – KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan mana-mana pihak tidak cepat menghukum atau mengkritik kekalahan tujuh kali berturut-turut skuad Harimau Malaya.

Beliau berkata, pihak berkenaan sepatutnya melihat kekalahan anak buah Nelo Vingada secara menyeluruh.

Ini kerana, katanya, prestasi skuad kebangsaan ketika ini adalah cerminan struktur pengurusan dan pentadbiran bola sepak sebelum ini.

Justeru, Khairy mahu semua pihak memberi ruang secukupnya kepada pengendali baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu memperbaiki prestasi pasukan bola sepak negara.

“Kita kena lihat prestasi pasukan kebangsaan dalam konteks lebih menyeluruh, jangan mudah untuk beri kecaman, prestasi mencerminkan struktur bola sepak sedia ada yang memerlukan masa untuk baiki.

“Memang pasukan senior yang dihantui struktur yang bertahun-tahun, bukan mereka tidak bagus tapi mereka mencerminkan struktur pengurusan tempoh itu (lama).

“Saya faham bila kita kalah ramai kecam dan kritik, tapi ini projek jangka panjang dan perlu ada semangat nasional untuk beri sokongan. Jangan tahun ini kurang berjaya, maka terus hukum sebab pasukan bola sepak negara banyak kejayaan bawah umur ada sinar di hujung terowong sukan bola sepak negara,” katanya.

Sesi bergambar bersama barisan kesebelasan utama pemain Malaysia yang diturunkan ketika menentang Thailand pada Perlawanan Akhir Bola Sepak Kejohanan Sukan SEA KL 2017 di Stadium Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 29 OGOS 2017

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi dialog TN50X di Menara Felda, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau cukup yakin dengan perancangan masa panjang menerusi pembangunan peringkat akar umbi oleh FAM.

Katanya, dengan memberi masa, apa yang dilakukan pengurusan baharu FAM bakal mengubah prestasi pasukan pada masa akan datang.

“Dari segi pembangunan bola sepak hari ini, prestasi kejayaan yang dicatat oleh pasukan bawah umur 15, 18 dan 23 tahun lebih cerah.

“FAM sedang usahakan sistem yang lebih tersusun supaya lebih ramai lagi peringkat akar umbi main dalam liga dengan lebih tersusun,” katanya.

Bagi kami inilah kenyataan yang harus kita terima buat masa ini. Kita dalam fasa membina semula kerana membina lagi mudah berbanding memperbaiki kerosakan yang telah ada sebelum ini.

Jadi sebagai peminat bola sepak kita harus belajar bersabar dalam memberi masa kepada pengurusan baru supaya kita dapat melihat hasil yang lebih baik kelak.

Ayuh MALAYSIA!!!

Jom kita lihat gol terbaik pasukan Malaysia pernah hasilkan :

Baca juga : Ini Pengakuan Nelo Vingada Sepanjang Menjadi Jurulatih Malaysia