Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKPreviu Liga Super 2018 : Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Pasukan Pilihan...

Previu Liga Super 2018 : Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Pasukan Pilihan Anda?

Menjelang sepak mula Liga Super 2018 pada 3hb Febuari akan datang, kami menyingkap serba sedikit persediaan kesemua pasukan yang bersaing dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Johor Darul Ta’zim

Juara Liga Super empat musim berturut-turut ini dilihat telahpun membuat persiapan rapi menjelang perlawanan pertama Liga Super yang juga merupakan perlawanan sumbangsih yang menemukan Juara Liga Super dan Juara Piala FA 2017.

Kembalinya dua bintang yang dianggap lagenda oleh penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa dilihat mampu mengembalikan bisa pada musim 2015 dan 2016. Dua gol Jorge Pereyra Diaz  buat JDT ketika perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara AFC menentang Muangthong United membuktikan Diaz masih berbisa walaupun agak tenggelam sepanjang semusim di Liga Mexico.

Hasil carian imej untuk jorge pereyra diaz
Kredit imej: Goal.com

Selain itu, kembalinya Hariss Harun ke pangkuan JDT setelah setahun dipinjamkan ke Home United juga dilihat bakal memperkuatkan bahagian tengah. Gandingan Hariss bersama Natxo Insa dan Safiq Rahim dilihat mampu menjana serangan bagi memberi lebih sokongan kepada barisan hadapan.

JDT juga membawa masuk pemain pertahanan yang merupakan pemain kacukan Malaysia-Barbados, La Vere Corbin Ong untuk memperkukuh barisan pertahanan. Marcos Antonio yang mengalami kecederaan jangka masa panjang diberikan ruang untuk menjalani pemulihan secukupnya sebelum membuat penampilan semula pada perlawanan Piala Sumbangsih.

Hasil carian imej untuk ulisess morais
Kredit imej: Goal.com

Jurulatih Ulisess Morais yang mengambil alih tugas Benjamin Mora pada pertengahan musim lalu terus dikekalkan untuk cabaran musim ini. Pastinya musim ini JDT mensasarkan untuk merangkul kejuaraan Liga Super untuk kali kelima berturut-turut sekaligus menjadi pasukan pertama yang mewakili Malaysia ke saingan Liga Juara-Juara AFC setelah 4 kali gagal dalam pusingan kelayakan.

Kedah

Rata-rata penyokong Kedah gembira dengan kembalinya Roman Marcote ke pangkuan mereka. Marcote sebelum ini pernah mengendali pasukan Kedah pada tahun 2015 selaku jurulatih sementara di kala Tan Cheng Hoe mendapatkan lesen kejurulatihan profesional.

Kedah sekali lagi bakal berhadapan pasukan JDT dalam perlawanan Piala Sumbangsih selaku Juara Piala FA musim lalu. Persediaan rapi dilakukan ketika pra-musim termasuk meyertai kejohanan jemputan Piala Suramadu di Indonesia.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Facebook “Kedah FA”

Pada musim ini, Kedah dilihat tidak banyak melakukan perubahan terhadap skuad mereka berbanding musim lalu. Rata-rata pemain dikekalkan termasuk dua pemain import mereka, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva.

Selain itu Kedah juga bakal membawa pemain-pemain muda dalam skuad mereka terutamanya Akyar Rashid yang cemerlang membantu skuad Harimau Muda dalam Kejohanan AFC Bawah 23.

Dua pemain import baharu yang telah disahkan bakal membantu kedah dalam saingan musim ini ialah Pablo Pallares dan Alvaro Silva. Pallares merupakan pemain serangan yang dibawa masuk dari Ponferradina yang bermain di Liga Segunda B, Sepanyol. Kemasukan Pallares dilihat bakal mengisi kekosonga yang ditinggalkan Ken Ilso yang berhijrah ke Pulau Pinang.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Kredit imej: Facebook “Kedah FA”

Alvaro Silva pula merupakan pemain yang mengisi slot import ASEAN yang baru diperkenalkan musim ini. Silva yang berasal dari Filipina bermain selaku pemain pertahanan menggantikan Zac Anderson yang berhijrah ke PKNS.

Pastinya suatu kelebihan buat Kedah apabila banyak mengekalkan pemain-pemain lama yang tentunya mempunyai lebih persefahaman dalam permainan mereka. Kedah dilihat mampu memberi cabaran dalam perebutan takhta liga.

Mukasurat :      1      2      3     4

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments